~ Members ~

Showing posts with label Menu Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Menu Ramadhan. Show all posts

Monday, August 13, 2012

Udang Galah Sungai Timun


Hari ini aku tak cerita pasal raya.. tau la korang semua dah mood raya.. 5 hari lagi kita nak beraya kan. mesti korang tak sabar-sabar nak sarung baju raya.. mengalahkan budak-budak.. hehee..

aku sebenarnya nak berkongsi cerita mengenai udang galah. tapi bukan asben yang pancing la, apatah lagi aku yang pancing. tak sanggup aku nak pancing udang di tempat yang penuh ranjau tu. bukan sebab ranjau berduri sebab sungai tu banyak la sangat buaya, silap-silap tak beraya aku, beraya dalam perut buaya. biarla mereka yang pakar je yang gi pancing, aku beli je la.

udang ni kawan asben yang pancing. dia punya gian memancing siap sewa bot tiap kali nak memancing, jadi ayahnya kesian, siap dibelikan bot bagi anaknya memancing.. caya la pak cik!! anak bapak..

Lokasinya adalah di Sungai Timun, Linggi. dekat sangat dengan rumah mak aku di Lubok China. kalau sapa-sapa teringin nak memancing udang galah, meh la kitaorang tunjukkan tempatnya, tapi pancing sendiri ye..

asben aku ada gak ikut 2 3 kali memancing tapi dia tak berani naik bot pancing tepi jambatan je, tu pun banyak kali dia nampak pak buaya, seram sebab tak biasa kan, orang sana mungkin dah biasa. lepas tu dia cakap dengan kawan dia lain kali kalau ada udang jual je la kat dia. aku pun tak galakkan di memancaing kat situ, takutla, biasa diaorang memancing malam-malam.  tiap kali mancing udang balik tangan kosong, tak de untung.. baik mancing ikan talipia kat kolam mak aku, kompem dapat ikan..

semalam rezeki kami, kawannya dapat udang galah dan call suruh datang amik. walaupun tak banyak dan tak besar sangat tak pe tu tetap rezeki namanyakan. sekor je yang besar, yang lain kecik-kecik.
aku tak penah masak udang ni, biasa udang yang beli kat shopping tu je, tp sama je kan cara masaknya. campak je dalam piuk, siap hehee..

ni la semangkuk udang yang siap sedia di masak. banyak yang pegnen.. ada telur :P. Ada orang panggil Udang Galah Sepit Biru..
asben minta masakkan gulai cili api. ok, siap bos!!

gulai cili api udang galah. aku campurkan kacang panjang dengan tomato je. sedap jugak. manis je rasanya.
lain kali order lagi ye.. hehee..

walaupun cuma sepiuk, dapat jugaklah dikongsi semangkuk dengan along.. kita bagi dia rasa masakan aku pulak ye.

aku jarang masak lauk bersantan. bila teringin je. padahal lauk ni la yang senang nak masak rasanya dari pada lauk bergoreng kan. masuk cilik, udang, santan, dah jadi lauk..

Tak percaya kat situ banyak buaya? meh baca sini : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0124&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

sini pun ada : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0803&pg=dn_17.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&y=2010

Friday, August 10, 2012

Berbuka di Nando's


sape dapat bonus semalam? angkat tangan.. yeyee!! alhamdulillah ada rezeki tambahan untuk raya ni. jadi semalam gi la belanja berbuka puasa kat luar. dalam tahun ni belum pernah lagi berbuka kat luar sbb tak tahan nk melayan kerenah anak-anak aku yang sopan santun tu. tapi semalam balik kerja siap-siap terus di Jaya Jusco ehh bukan AEON ayer keroh. tujuan utama nak cari baju raya anak. kalau weekend jangan harap la nak gi makan-makan kat luar, kompom dah kena cop tempat duduk dari jam 6 petang. mesti ramai gila orang yang sama tujuan dengan aku kan. lain la kalau rajin nak book dulu..

Kat melaka ni manalah banyak sangat pilihan makan yang best-best. pikir punya pikir aku teringin pulak makan Nando's yang dah lama tak kujejaki kaki ke sana. sampai je dah pukul 7 pm aku terus cop tempat. ngam2 ada tempat best 1 untuk aku. yang boleh aku bersandar yang bersenang lenang.

 tengok, macam ni gaya nak makan kat luar.. isy! isy!.. penat tau mulut suruh diaorang senyap, duduk sopan-sopan.. mama buat tebal muka je la. :P
suka tengok dekorasi kat sini.. ada banyak perhiasan.. malu pulak nak snap banyak-banyak..

 mia jadi tukang order.. 'hari ni mama kita makan set ramadhan ye'..

cakk!! cepat mia kita posing2 sebelum makanan sampai..
sama tak baju mia dgn tudung mama? sedondonkan.. tudung Rijaa dari Al-humaira, tp pakai dah mcm Numaa sbb muka tak sesuai pakai awning lembut.. :P

 lambatnya tunggu.. meh kita baca cerita kat dinding ni..
ni bukan vandalisme tau.. ni namanya seni.. heheheee

ohh.. janji manis mu.. cewah..

mengalahkan pose, mia berbuka dgn  buah kurma. makanan 7.45pm baru sampai..  nasib diaorang sponsor 3 ketul kurma.. jadilaa..



ni set Ramadhan yang aku order.. untuk 2 orang 
(apasala yang ni gambar kelabu asap? ni amik kat opis sbb semalam lupa nak snap.. kebulur punya pasal, nasib sempat curi bawak balik kertas ni.. hahaaa.. tak dosa kan? ;P)

 ni aku punya, bendera hijau - Lemon & Herb..

Tapi aku tak berkenan nasi dia la, tak lembut, macam kurang air, tercekik aku makan.. nasib ayam dia panas dan sedap. dulu penah pergi masa tu tak ramai orang nasi dia keras jugak, ayam pun sejuk+keras.. ni bulan puasa aku dapat panas-panas.. sedap..

 Asben punya bendera merah - Extra Hot.. pedas gile..

ni la grilled chicken sausages.. sedap aku suka..

Sape2 yang belum terjah ket Nando's meh pegi cepat, start selepas 6pm tau untuk set tu..
ok.. cau cin cau.. ehhh tak minum lagi air cincau bulan ni..

Wednesday, August 8, 2012

Resepi Begedil Kentang


Resepi hari ini kita buat Begedil Kentang ye puan-puan.. ni la makanan aku berbuka semalam bersama lauk-lauk lain.
Tadi aku cari info mcm mana orang lain punya resepi begedil. ada macam-macam cara orang buat ikut selera. ada yang letak jintan manis, jintan putih,ketumbar bagai. aku tak berapa gemar. ikut resepi yang biasa aku tolong mak kat dapur. ni je la bahan-bahannya :

Bahan-bahan (2-3 orang)

3 biji kentang saiz sederhana (di potong sederhana)
2 ulas bawang merah (dihiris halus)
1 ulas bawang putih (dihiris halus)
sedikit udang kering
sedikit lada hitam (kalau nk guna cili api pun boleh)
daun sup (dihiris)

1 biji telur
minyak
garam secukup rasa


Cara membuatnya:
  1. Goreng kentang dengan sedikit garam. asingkan.
  2. Goreng bawang merah dan bawang putih. asingkan.
  3. Tumbuk semua bahan-bahan (lada hitam, udang kering dan bawang yang telah digoreng (nak guna serbuk lada hitam pun boleh, aku tumbuk lada hitam bulat-bulat tu).
  4. Lenyek atau tumbuk kentang kemudian gaul sebati dengan bahan di atas bersama daun sup.
  5. Kepal-kepal kentang tadi mengikut saiz yang anda suka. (aku suka saiz comel-comel je). 
  6. Pecahkan telur dan pukul.
  7. Celup kentang comel yang telah dikepal ke dalam telur satu persatu sebelum digoreng.
  8. Goreng sehingga keperangan. Sedap dimakan bersama nasi. kalau makan dengan soto lagi sedappp!!

Aku dapat 8 biji begedil. 4 biji bagi along dan 4 biji untuk aku. mr husband tak suka sangat begedil, jadi aku 3 dia 1.. hehehee.. cara aku buat lebih kurang macam kak ni buat.. ;)

apa lagi, petang ni gi cari kentang ye kengkawan..

Tuesday, August 7, 2012

Sambal Ikan


Dah petang baru nak cerita menu semalam. ishhh! lambat lak ari ni..
semalam menu biasa-biasa je. tapi bukan nak bagi resepi tau. saje share apa perut ni isi semalam.. :)
tomyam pemberian dari along (dia rajin bagi lauk bulan pose ni sbb dia kata nak dapat pahala puasa aku.. heheee..) dan aku masak sambal ikan cencaru aka ikan jeket. nak tengok rupa sambal aku? meh ku tepek gambar lauk yang ringkas yang semua orang tau dan biasa makan.. (ke aku sorang je masak ikan cencaru sambal? korang mesti ikan salmon, ikan siakap, ikan best-best la kan? heheee..)


hari ni nanti kita fikir nak masak apa ye..

Selamat berbuka puasa kengkawan..

Friday, August 3, 2012

Sambal Ketuk dan Kuew Tiaw Goreng


Macamana menu berbuka korang semalam? mesti sodap-sodap.. sebaiknya dibulan mulia ni kita bersederhana ye. jgn membazir dan ghairah beli lauk tunjuk2 kat bazar ramadhan tu hehee.. aku tau, korang semua memang rajin dan superb bab ke dapur kan..

Menu berbuka semalam aku simple, kuew tiaw goreng je. tapi aku masak la lauk sikit kalau mr husband nak makan nasi.
Kalau aku nk buat resepi kuew tiaw goreng ni rasanya korang semua dah sedia maklumkan, dan aku pun tak cukup masa semalam. Agak kelam kabut sikit. sebab balik kerja singgah pasar, dah makan masa untuk aku memasak. dari 1 jam dah tinggal 1/2 jam jer. sob.sob..

kuew tiaw goreng 


Lagi satu nak tanya, korang penah dengar tak makanan yang bernama 'sambal ketuk'? kalau tak penah kompem bukan anak jowooo.. hehee.. aku ada sipi-sipi keturunan jawa. belah ayah aku jawa johor. dan ni adalah makanan kegemaran ayah. mak aku selalu buat. kalau ayah tak de selera makan pun dia suruh mak aku buat. senang dan sedap. tak tau la selera korang. tekak aku cakap sedap..;)

meh rapat-rapat sape yang tak penah try, aku bagi menunya. teramatla senang.. nanti boleh try ye..

Bahan-bahannya :-

Tempe
Ikan bilis
Bawang putih
Bawang merah
Cili api
Minyak
Serbuk kunyit
Garam
(Agak-agak bahan ikut keperluan ye..)

Cara-caranya :-

Panaskan minyak
Gaul tempe dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. goreng sehingga kekuningan. asingkan.
Goreng ikan bilis sehingga garing. asingkan.
Goreng bawang putih, bawang merah, cili api
Tumbuk semua bahan di atas kecuali ikan bilis. Masukkan sedikit garam.
Masukkan ikan bilis, tumbuk ala kadar dan manja-manja kalau taknak hancur sangat ye. Aku tak suka hancur sangat ikan bilis tu. Ikut suka korang la..
Siap dimakan. Kalau dengan nasi panas lagi terangkat. perrghhh!!!

Ni bahan-bahan yang telah digoreng

Ni la rupe sambal ketuk yang siap dimakan

ok korang, selamat mencuba dan selamat berbuka puasa.. ;)

Wednesday, August 1, 2012

Resepi Sotong Sumbat


Semalam aku teringin nk makan sotong sumbat. Tak pernah buat sebelum ni. Aku pun gigih menggugel cari resepi terhebat. Banyak yang aku jumpa, ada yang sotong disumbat dengan kelapa, beras pulut, kentang, sayur, isi udang dan macam-macam la. semua agak kurang menarik perhatian dan merumitkan. Bulan-bulan puasa ni aku nak masak yang mudah-mudah je, manalah sempat aku cuma ada masa 1 jam untuk memasak sebelum nak menghidang.

Akhirya aku ambil keputusan menggunakan kentang sebagai isi sotong sumbat aku. Ini adalah resepi aku sendiri setelah di tambah tolak dari pencarian di encik gugel. hehhee..

ok, mari kita tengok cara-caranya, kalau korang suka boleh try untuk menu hari ni ye..

Bahannya : 

3 ekor sotong saiz besar (untuk 2 orang makan)
1 biji kentang (dipotong nipis)
1 biji telur
bawang putih (dihiris halus)
bawang merah (dihiris halus)
lobak (dipotong halus)
minyak
garam
serbuk kunyit
daun sup atau daun ketumbar

Cara-caranya :-

Gaul kentang yang telah dipotong nipis dengan sedikit garam. Goreng kentang sehingga kekuningan. (kalau nk rebus pun boleh, tp aku suka goreng sebab ada bau wangi)
Bila dah sedikit garing angkat dan lenyek atau tumbuk (aku tumbuk dalam lesung, senang sikit), asingkan.
Kemudian, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga keperangan.
Masukkan lobak.
Pecahkan sebiji telur. Gaul dan hancurkan jadi macam Scramble Eggs.
Masukkan kentang yang telah dilenyek tadi.
Tabur daun sup dan gaul rata.
Suaikan rasa (agak2 je la kan pose).
Masukkan isi ke dalam sotong yang telah siap dibersihkan dan cucuk dengan lidi untuk elak isi yang telah disumbat terkeluar.

Kuah

Tumis bawang putih dan bawang merah.
Masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam.
Masukkan air biar hingga mendidih.
Masukkan sotong yang telah siap disumbat. Biar sehingga sotong masak (jgn lama sangat, nanti sotong jadi liat)
Bila dah siap, potong2 sotong jika suka.
Siap dihidangkan..

 Ni la isi sotong sumbat. Kentang dan  Scramble Eggs..

Sotong yang telah disiap dipotong-potong.. 

Puas la aku selongkar almari cari lidi. Aku memang tak de lidi cungki gigi kat rumah, lidi penyapu ada la.. errrkk! aku rela tak cucuk sotong tu.. hehee..
sebab tu kepala sotong terpisah dari badan, nasib isi tak terkeluar sebab aku sumbat padat.. Senang je buat ni tak sampai setengah jam.
Berselera encik husband makan, sedap katanya.. alhamdulillah walaupun ringkas tetap dia suka.

Selamat mencuba ya kawan-kawan..

Friday, July 27, 2012

Resepi Kuew Tiaw Kungfu

Apa korang masak semalam. mesti best sampai tersandar lepas buka kan.
Semalam tetiba mood nak makan nasi tak de. Jadi aku bagi tau mr husband kita masak kuew tiaw la. dia pun ok jer.

ni juga merupakan menu masakan berbuka tahun lepas. 2 3 kali juga la buat. ringkas dan sedap. mr. husband pun suka. (ni tekak aku & family la, korang mesti ada resepi lagi power kan.. ;P)

meh aku share sikit resepi Kuew Tiaw Kungfu aku. resepi yang diolah dari anjungnorry mengikut selera aku dan stok barang dalam fridge. hehee...

Oh ye, aku masak kuah dulu, dah dekat azan baru aku goreng kuew tiaw. nanti kembang sangat tak best.
Ikut suka la, kalau nak goreng awal pun boleh..

Bahannya : 

1/2 paket kuew tiaw - utk 2-3 orang makan
3 biji telur
1 ulas bawang putih (di ketuk/dicincang halus)
air 3 cawan (agak ikut suka kalau nak byk kuah)
ayam (yang dicincang) 
udang saiz sederhana
lobak (dipotong halus)
bunga kobis (dipotong sederhana kecil)
batang saderi (dipotong sederhana)
3 sudu tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
minyak
garam
daun sup atau daun ketumbar
cili api (dihiris halus)

Cara-caranya :-

Untuk Kuah

Tumiskan bawang putih hingga keperangan.
Masukkan air, biar hingga mendidih.
Masukkan ayam dan udang.
Kemudian sayur – carrot, bunga kobis, batang saderi dan fish ball. (boleh tambah lain-lain kalau suka)
Bila semua dan masak, masukkan bancuhan tepung jagung. (ikut suka nak kurang pekat / nak pekat.  Kalau suka pekat, tambah bancuhan  tepung jagung lagi. sesuaikan rasa. Aku tak suka pekat sangat, sebab bulan puasa takut loya..)

Kuew Tiaw

Pukul telur, masukkan sedikit garam, sikit je tau bagi ada rasa.
Masukkan kue tiaw, goreng  macam goreng telur dadar. Aku buat 3x goreng. Setiap kali goreng 1 telur.

Curahkan kuah tadi ke atas kue tiaw yang dah bersalut telur.
Taburkan daun sup dan hirisan cili api. (sebab aku suka pedas. Kalau suka boleh tambah bawang goreng. Aku kurang suka daun ketumbar sebab rasa macam busuk sikit.)









Rasanya buat ni sama macam buat mee sup tu jer, cuma tambahkan tepung jagung dan mee digoreng bersama telur. senang jer. 1/2 jam sebelum berbuka pun boleh buat.

ok, bila dah kenyang jangan berkugfu tau. Selamat menjamu selera.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...