~ Members ~

Wednesday, August 1, 2012

Resepi Sotong Sumbat


Semalam aku teringin nk makan sotong sumbat. Tak pernah buat sebelum ni. Aku pun gigih menggugel cari resepi terhebat. Banyak yang aku jumpa, ada yang sotong disumbat dengan kelapa, beras pulut, kentang, sayur, isi udang dan macam-macam la. semua agak kurang menarik perhatian dan merumitkan. Bulan-bulan puasa ni aku nak masak yang mudah-mudah je, manalah sempat aku cuma ada masa 1 jam untuk memasak sebelum nak menghidang.

Akhirya aku ambil keputusan menggunakan kentang sebagai isi sotong sumbat aku. Ini adalah resepi aku sendiri setelah di tambah tolak dari pencarian di encik gugel. hehhee..

ok, mari kita tengok cara-caranya, kalau korang suka boleh try untuk menu hari ni ye..

Bahannya : 

3 ekor sotong saiz besar (untuk 2 orang makan)
1 biji kentang (dipotong nipis)
1 biji telur
bawang putih (dihiris halus)
bawang merah (dihiris halus)
lobak (dipotong halus)
minyak
garam
serbuk kunyit
daun sup atau daun ketumbar

Cara-caranya :-

Gaul kentang yang telah dipotong nipis dengan sedikit garam. Goreng kentang sehingga kekuningan. (kalau nk rebus pun boleh, tp aku suka goreng sebab ada bau wangi)
Bila dah sedikit garing angkat dan lenyek atau tumbuk (aku tumbuk dalam lesung, senang sikit), asingkan.
Kemudian, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga keperangan.
Masukkan lobak.
Pecahkan sebiji telur. Gaul dan hancurkan jadi macam Scramble Eggs.
Masukkan kentang yang telah dilenyek tadi.
Tabur daun sup dan gaul rata.
Suaikan rasa (agak2 je la kan pose).
Masukkan isi ke dalam sotong yang telah siap dibersihkan dan cucuk dengan lidi untuk elak isi yang telah disumbat terkeluar.

Kuah

Tumis bawang putih dan bawang merah.
Masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam.
Masukkan air biar hingga mendidih.
Masukkan sotong yang telah siap disumbat. Biar sehingga sotong masak (jgn lama sangat, nanti sotong jadi liat)
Bila dah siap, potong2 sotong jika suka.
Siap dihidangkan..

 Ni la isi sotong sumbat. Kentang dan  Scramble Eggs..

Sotong yang telah disiap dipotong-potong.. 

Puas la aku selongkar almari cari lidi. Aku memang tak de lidi cungki gigi kat rumah, lidi penyapu ada la.. errrkk! aku rela tak cucuk sotong tu.. hehee..
sebab tu kepala sotong terpisah dari badan, nasib isi tak terkeluar sebab aku sumbat padat.. Senang je buat ni tak sampai setengah jam.
Berselera encik husband makan, sedap katanya.. alhamdulillah walaupun ringkas tetap dia suka.

Selamat mencuba ya kawan-kawan..

18 comments:

  1. uih berselera.. sedapnyer.. nnt leh try buat nih :P

    ReplyDelete
  2. sedapnye,
    eija mmg teringin gak nak buat utk sahur pagi td, tp sbb xde lidi tu yg x jd nak buat..sudahnya pagi td buat sambal sotong ngan sotong goreng kunyit..2 lauk tp bhn utamanya sama..huhu..

    lepas ni nak try buat sotong sumbat camni jugak ler..TQ kongsi resepi..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa.. sy pun tak pakai lidi.. nasib tak terkeluar intinya..
      nanti kita kena stanby lidi kat rumah la, senang2 boleh buat lg kan.. :)

      Delete
  3. sotong ada kat rumah dni tapi sotong kecik2 lak huhu tak dapat nak sumbat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala dni, sotong sederhana pon boleh, sumbat jer.. ;)

      Delete
  4. Sedapnya.... kreatifla dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. main sumbat je reena oiii.. hihiii

      Delete
  5. Power! Hari ni gua cuba masak untuk wife gua yg mengidam pulak. Yg ini je nampak senang..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bertuah wife dpt somi mcm ni, siap cari resepi nk masak utk wife mengidam..

      memang senang sgt, tak payah pening2 asal sedap can cepat.. hihii.. terharu i.. :)

      Delete
  6. kalo xde xde daun sup @ daun ketumbar sdp x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je kalau suka, tp sy tak suka sbb bau daun ketumbar bg sy busuk.. hihii..

      Delete
  7. dlm byk2 search rs nk try msk resepi sotong yg ini...menarik...t q for sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. try la.. menarik & sedap.. hihii

      Delete
  8. air utk kuah tu kne byk ke..mcm rebus eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut suka, kalau nk kuah banyak lebihkan air.. sy sedang2 je airnya tak byk sgt..

      Delete
  9. Gugek resipi sotong sumbat jumpa blog awak..hehe nak cuba kejab yeah

    ReplyDelete

komen la kalau sudi.. mekasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...