~ Members ~

Thursday, May 16, 2013

Hadiah di Bulan Mei..


Hari ni Hari Guru sedunia.. untung la sape nurse, cikgu, ibu dan mcm2 la sambulan dlm bulan Mei ni..

Pada Guru, 'SELAMAT HARI GURU' diucapkan.. kepada nurse, dah terlepas nk wish.. dan ibu2 seperti aku, katanya tak baik sambut Hari Ibu.. episod akan datang aku bagi tau kenapa tak baik sambut Hari Ibu ye.

Untuk post kali ni nak tayang barang best dlm katalog  Tupperware 4/2013. kalau pening nak bagi apa, order jer.. pasti penerimanya senyum sampai koyak mulut dan gusi.. hahah.. jom layan..







yang katun ni amatla sesuai utk anak2 bawak bekal gi sekolah, tadika dll..

nak order meh pm : Tupperware MamaFaez.
special price ye kengkawan.. sebut je dr belog ni..

dan..

sape nk jadi member, sy bagi free sebijik.. hanya RM 70 jer.. gambo free mcm yg bwh ni, pilih nk kaler ape ok..


Friday, May 10, 2013

Nuffnag Blogbuster Campaigns

kenapa aku berbelog? saje suka dan menghargai setiap detik manis dalam kehidupan.

semalam baca blog PenMerah. dia memang beruntung selalu ditaja dari nuffnag dari mcm2 sponsored. aku ada tgk tip dia bagi semalam 'agar kerap tukar survey dalam website nuffnang', jadi aku pun jenguk la survey aku dah bertahun tak update.. kunun nak tgk la kok ada org nak taja aku pulak kan.. hahahha.. perasan gila la kau jemah!

bila bukak ada la Blogbuster Campaigns 'Acer Hybrid Ultrabook' tapi mcm tak berapa paham cara nak buat video tu.

Lepas update semalam, hari ni aku jenguk nuffnag lagi, Blogbuster Campaigns aku bertambah. ada 'What is project C?'..
oo betul la kata penmerah.. masa hadapan makin cerah kalau rajin update nuffnag kita.. kikii.. yg dpt ni blog kraf aku, myluvercraft tu la.. :)


Apa perlu aku buat dgn kempen tu? 

1. Rekod video pendek (lebih kurang 10 saat)
2. Muatnaik video (boleh sampai 5 video)
3. Lepas tu adalah juri2 diorang yang akan nilai. kalau mereka berkenan video kita akan muncul di blog kita.

Kalau berjaya?

RM0.50 bagi setiap play lengkap video yang ditunjukkan pada unit iklan kita (kadar ini terpakai kepada ahli Glitterati sahaja).

Kempen 1 : Acer Hybrid Ultrabook
Deadline : 13 May 2013
Tempoh Kempen : 15 May - 11 Jun 2013

Kempen 2: What is project C?
Deadline : 16 May 2013
Tempoh Kempen: 23 May - 16 Jun 2013

Adakah aku akan join? ekekkkkee.. tgk la, tgh survey ni..

Thursday, May 9, 2013

PRU & Wheel Chair

Terlupa nak cerita pasal PRU 13 tahun ni..

tahun lepas masa PRU 12, 5 tahun dulu aku gi mengundi naik wheel chair. sebab baru operation luar rahim..

budak yang tolak tu dah la kurus kesian aku tengok nasib along kurus jer skrg..

tahun ni akak aku pulak.. dah sebulan along sakit. mula2 suspek tibi, dan skrang suspek paru2 kuman. lepas masuk HDW dia minta balik, doktor benarkan sebab tgk keadaannya  semakin stabil masa tu. skrang kat rumah pun tak banyak perubahan asyik muntah-muntah. tak de selera makan.

aku penah keluarkan dalam fb pasal along, alhamdulillah berkat doa saudara mara dan rakan2 dan mereka yang mengenalinya, dia beransur pulih.. mak pun cuba jugak perubatan tradisional sebagai ikhtiar kedua..

kami sekeluarga harap along cepat sembuh. dan kawan2 blogger pun aku harap dapat mendoakan kesihatan along ye.. nanti aku upload gambar dia.. kurus sgt.. dah mcm mak aku tengok..


Monday, May 6, 2013

Pesta Buku Antarabangsa 2013

Dah beberapa tahun join persatuan Pewani. tapi tak penah nak join lawatan pesta buku. nak kata pemalas baca buku, tidak.. cuma malas nk berhimpit membeli 1 2 buku. dengan alasan aku bukan student nak cari buku. okey alasan tidak boleh diguna pakai untuk tahun ni.

aku gagahi untuk join pesta kali ini. ingat, bukan pesta muda mudi ye.
bila sampai tengok semua bas sekolah. semua kebanyakan pakai uniform sekolah. tapi kali ini yang turun dari bas adalah makcik-makcik yg heboh nak cari buku.. hahha..

bila turun je bas amik la gambar sekitar pwtc. ala-ala batak, konon mcm omputeh turun KL la tu.


okey amik gambar lagi..

nampak tak pakcik guard tu? haaa dia tgk marah tu..

pakcik guard : puan.. puan.. kat sini tak boleh ambil gambar sbb nak PRU13, lepas PRU baru boleh.
aku : oh ye ke.. okey sori.. emmm

adakah dia takut aku sabotaj? adakah aku antara calon PRU13 yg bertanding untuk mensabotaj bangunan tu? hahha.. abaikan dia, buat hilang mood aku je taw.

teruskan misi. kata nk shopping buku. masuk pesta muda mudi, eh salah lagi pesta buku. terus masuk dan tgk begitu ramai makhluk kecik2.. budak sekolah la sape lagi. kalau ada yang pakai baju selain uniform sekolah tu  kompem cikgu yang iring pelajar tu. ni mesti kes nak cari buku masak atau buku jahitan atau majalah wanita  atau majalah nona.. itu firasat aku mengatakan.

masuk ke jumpa 7 hero Malaysia. ingat nak amik gambar sebelah mereka tapi malu sebab ada tukang jaga tepi tu. sibuk je diaorang.


cer tgk betul tak aku ckp. ramai budak sekolah kan. lepas ni aku dah tak amik2 gambar. terus simpan tipon dan fokus cari buku. buku la sangat!

Kak Nora beli novel. feeling ala2 remaja dia itu.
kebetulan dan booth novel. lupa nama booth tu, siap ada ada penulis tengah sign autograph. dia pun beli la novel, sbb nak sign punya pasal. ok la tu aku pun dapat la menyelit walaupun tak beli novel dia.. ngeeee..

Norhayati Berahim

ramai juga penulis yang ada kat booth2 kat sana. rajin dgn tidak je korang nak mintak sign. Pelukis pun ramai, ingat nak juga dapatkan lukisan dari pelukis kartun, tapi tak sempat sebab diaorang dikerumuni kanak2 sekolah yang gilakan lukisan mereka mereka.. huhuu..

sebab aku dah terlama sgt kat booth Hidayah tetiba masa macam tak cukup pulak dan beleh tempat lain. laju je cari tempat makan.

boleh tahan harga makanan kat situ. nasi lemak bungkus RM 3 dan ice lemon tea RM 3.
Kalau kat luar nasi lemak tu RM 1 jer, nasi lemak kosong je pun. mahal. nasib perut gila punya lapar. kesian kanak2 sekolah kalau pergi tak bawak duit banyak kan.

sebelum balik posing jap ye. time kak nora nak posing, punya la ramai budak sekolah belakang dia nak amik gambar jugak, bila dalam gambar dia aku tgk yang mcm kak nora join rombangan dia orang.. hahhaa..

buku apa aku beli? ada lahhh.. yang pasti tiada resepi dan dan majalah gosip.. kikiii..

Friday, May 3, 2013

Drypers Stacker



suka anak2 bila aku gantung benda alah ni.. bila suruh amik pempes berlari nak amik (asal dari dulu sampai skrg kalau nk sebut lampin pakai buang mesti sebut pempes kan, padahal tu nama jenama, padalah kadang2 kita guna drypers, huggies, mamy poko, petpet, hihi..) 

tapi mama gantung tinggi sikit, kalau tak mesti putus, anak2 mama kan ganas..

sebenarnya dh lama dapat ni, free masa beli drypers, baru teringat nak guna.. puas selongkar kalau dpt kaler pink, tp tk dpt..

ok la tu, mia kuning, danish biru.. jgn gaduh2 taw..

Tuesday, April 16, 2013

Kolagen Kaki Ayam..

Mesti ada antara korang yang terlepas berita menarik aku sebelum ni kan.. mengenai Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut.. kalau belum picit la link tu.. hihii

kali ni aku nak share berita yang aku baru baca jugak.. tapi kali ni korang jangan segan2 mengaku penah makan sup yang paling power tu.. hihii..

Cer tgk link ni : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=159407030886530&set=a.154381674722399.1073741828.153200364840530&type=1&theater

ni betul taw. kajian dari University Chung Hsing, Taiwan..

sape tak pernah makan sup kaki ayam? cuba angkat kaki! tengok semua kaki kat bawah kan. maksudnya korang semua penah rasa kan.. hahahahaa 

tak payah sampai ke Sabah nak beli rumpai laut.. belakang rumah pun ada kolagen kalau sape ada bela.. tapi jangan la sampai semua kaki ayam dalam reban korang potong sebab nak kolagen punya pasal. tak pasal2 kudung kaki mereka-mereka itu..

oleh itu, kalau tak lalu nak makan sup tu, buat kerabu boleh, buat goreng mcm KFC pun boleh.. patut la kat pasar malam aku tengok dah ramai jual kaki ayam goreng.. rupanya mereka semua dah tau rahsia ni ye.. ianya murah, mudah dan sedap.. tapi kalau aku, jari jemari ayam tu aku buang, sebab agak geli dan takut melihatnya, mcm alien.. kikii..

so, korang tak payah sakit-sakit tekak nak gaduh pasal kolagen yang sah-sah tak de dalah rumpai laut tu ye.. mari makan kaki ayam untuk cantik..

ni aku jumpa gambar2 menarik tentang kaki ayam.. jom cekedaut!

Sup kaki ayam. gambar dan menu : Suzana-Cik Sue



Kerabu kaki ayam. gambar dan menu : Dapur Kak Yah

Kaki ayam goreng.. menu dan gambar leh dari sini : Ucu Bakery

ok, ni je la perkongsian cerita dan gambar aku hari ini.. balik ni cari kaki ayam ye..

Tuesday, April 9, 2013

Pengalaman Menggunakan Felinna Inch Loss!

Percaya tak korang apa yang bakal aku cerita nanti.. diharap korang yang tokey2 tu jangan la marah ye.. sebab dulu aku pun tokey jual krim ni dan dok canang jual sana sini jugak.. sebab semua testimoni kekurusan luar biasa, sape tak melelehkan..



Bermua la kisah aku dengan gigihnya menggunakan krim FELINNA ni yang telah diwar-warkan seantaro melaysia yang boleh mengempiskan perut berinci-inci. konon nk ramping macam pengasasnya tu la..

punya la tenyeh 1 hari 2 kali.. sebab nak cepat kempiskan. aku ni ada masalah benjolan di perut.
almaklumlah, perut ni dah mengendok baby 4.6 kg dan 4 kg uollzz! diulangi 4.6kg! dua dua bersalin pembedahan Caesarean..

konon nk salahkan sebab caesarean la perut buncit, tp aku tetap gigihkan diri berbengkung masa dalam pantang. sampai kena marah dengan doktor sebab luka aku lambat sembuh, mana taknya luka tak sembuh aku dah balut2 nak ramping.. akhirnya aku redha dengan saiz perutku sekarang.. huhuhu..

nak dijadikan cerita, sejak aku amalkan krim ni sampai habis 1 botol baru aku perasan, perut aku yang dulunya cantik, putih gebu sekarang agak kurang kegebuan.. dulu tak de stretch mark ni dah nampak sikit hasil warna yang berubah.

Dulu rakan2, saudara mara, adik beradik selalu puji dan hairan kenapa perut aku tak de kedut2 dan pecah macam meraka walaupun baru 1x beranak, ni aku 2x beranak taw. extra saiz lagi anak aku. kalau kat wad dia tulis 'big baby'. sebab kedua anak aku amalkan melumurkan minyak BIO OIL dari mula aku tau aku mengandung sampai habis pantang. alhamdulillah perut tak de parut dan tak de stretch mark..ok stop puji diri sendiri untuk episod kenangan perut cantik dulu2..

imbas kembali pengalaman ber'inch loss', aku perasan sepanjang menggunakan krim ni perut aku pun rasa gatal2. mungkin sebab rasa panas yang menyengat membuatkan aku tergaru2. katanya panas sikit je, ni aku letak sikit pun panasnya menyengat! so aku syak ni mesti parut hasil garuan. tapi tak gak kurus2.. dan mungkin kulit aku sensitif dan tak sesuai kot. tapi tang bau wangi dia je yang aku suka berbanding bau krim halia yg lain yg bau makcik bila kita pakai.

dan masa aku mula2 pakai pun ada yang tegur bila baca ingredient dia ada 5 jenis Paraben digunakan. tapi aku buat dek je. sebab dah beli tak nak nak buang kot. sebab tgk kat fb testimoni mereka pakai ok je. so aku teruskan la. tapi sungguh aku tak sangka, begini nasib ku..


sape tak tau pasal PARABEN, boleh check kat sini.. http://en.wikipedia.org/wiki/Paraben

jadi kepada kengkawan yang pakai dan rasa semakin kurus.. teruskan niat suci anda. jgn terperdaya dengan cerita aku kalau korang anggap dongeng..

kalau sape ada pengalam buruk dan ngeri, meh sep sama2 dan share kat sini..

motif : bukan menjatuhkan sesiapa, hanya cerita pengalam dari aku sebagai pengguna!


Thursday, April 4, 2013

Bagus ke korset Premium Beautiful?

Entry hani ni aku cuma nk tanya pendapat..

Sape yg pernah beli dan try Premium Beautiful ?
Aku adalah berangan nak pakai sebab ada sikit benjolan untuk disembunyikan.. kikii.. isyy! jgn cakap kuat-kuat.. malu i..

dan orang cakap baik untuk kesihatan. 70% kesihatan, 30% kecantikan.. betul ke berkesan?

Aku try gugel, semua memuji2 korset tu, opkos pujian dari mereka yg menjual, nk jugak dengar pujian dari pembeli jika betul2 best. takut jugak nak laburkan ribuan ringgit kalau tetiba tak ok..

Jadi pada yang telah mengalami pengalaman manis dan pahit menggunakannya, meh la share..

Pandangan dan komen anda sangat diharapkan dan diucapkaan ribuan terima kasih.. ewah dan macam kata penutup surat pulak..

tq uolls.. sharing is caring.. betul tak..






Wednesday, April 3, 2013

Hujung Melaka Ke Hujung Perlis - Majlis Perkahwinan Belah Pengantin Lelaki

Minggu lepas aku cuti panjang. lupa nak cerita kat sini. pergi majlis perkahwinan adik aku belah lelaki di Kedah.. jadi alang2 dah ke utara kami ke sempadan Thailand dan Penang. tapi malangnya aku tertinggal DSLR aku. jadi tak de kenangan di sana. yang bawak kamera cuma along aku tapi tak sempat nak copy gambar2 kitaorang. kami pergi dari 23-26 Mac 2013.

Bertolak ke Kedah Sabtu 23 Mac dari rumah adik aku kat sungai buloh. makan jumaat kami semua dah bertolak dari Melaka tidur rumah adik aku. Sampai je di Changlun, Kedah kami bermalah di home stay yang pihak lelaki sediakan.

Esok pagi Ahad 24 Mac 13 kami cepat2 gi Padang Besar, Perlis sempadan Thailand shopping. kedai belum bukak kami dah terpacul. nak kejar masa. sebab sebelum kul 12 tengahari dah nak gerak ke rumah pengantin kat Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Kami pun bershoppingan dengan kelam kabutnya di Padang Besar, Perlis. kan sempadan Thailand, semua plat kenderaan tulisan Thai, feel ala2 shopping negara orang la pulak.. hiruk pikuk.. nak gi shopping semalam tak sempat sebab kami sampai dah petang. adik aku ckp kat situ petang kedai dah tutup.

Balik siap tukar baju cantik terus gi rumah pengantin. nanti dapat gambar dari pengantin atau dari kakak aku, aku masuk kan kat sini.

Sepanjang kat sana kami semua tak banyak tempat jalan2 pun. habis majlis kawin tu gi pulak merisik sepupu aku. pastu lari ke Penang pulak. Menginap semalam dan pagi esoknya gerak di pasar karat dan beli jeruk2 buat buah tangan balik melaka.

Tapi malangnya kami tersesat dari kereta depan, jawapannya kami terus balik kl sebab ayah aku dah penat nak round2 cari jalan. dah la malam masa sampai Penang nak cari hotel puluk 12 malam tu ramai yg sesat. maklumla kalau dah konvoi 4 kereta memang gitu la gamaknya..

nak cerita pasal make up adik aku masa di Changlun tu, adik aku make up kat buti pengantin Ixora.. katanya dulu masa perkahwinan Ayu Raudhah + Zaquan Adha. Aku la nak cepat masa tu, naik kat butik nk amik kunci rumah kat dia jadi nampak la gambar perkahwinan mereka di sepanjang tangga naik ke butik, ye ke tidak... tidaklah aku pasti.. hihiih..

Perjalanan Percutian aku.. hish habis cuti tahun aku taw.. kikii

Jumaat 22/3/13 Melaka > Sungai Buloh, Selangor (Check in rumah Nasir)
Sabtu 23/3/13 Sungai Buloh Selangor > Changlun, Kedah (Check in home stay)
Ahad 24/3/13 Padang Besar, Perlis > Merisik kat Kedah > Penang (Check in The Merchant Hotel)
Isnin 25/3/13 Penang > Sungai Buloh, Selangor > Down Town ~ shopping sampai subuh (Check in rumah Nasir)
Selasa 26/3/13 Sungai Buloh, Selangor > Melaka
Rabu 27/3/13 Melaka > GSC Jusco ~ Tengok wayang -The Croods




ok la penat la nak cerita panjang.. hahaa.. babai..

Monday, April 1, 2013

Sup Alai - Menu simple kenduri kawin

semalam korang mesti bizi gi rumah orang kawin kan? sama la. aku pun sampai ke Alai, Melaka temankan mak mertua gi kenduri kawin. tajuk cerita tak menahan, sup alai.. hahhaahaa

Tapi selalu kalau makan kenduri kawin tak pernah aku puas atau kenyang. bukan sebab tak de lauk atau tak sedap, tapi kebanyakan lauk semuanya kari atau kurma atau sambal. tu memang tak berapa kena dengan tekak aku ni..
pastu ada kala sampai rumah sakit perut. tu yang aku takut..makan selalunya ala kadar. sampai rumah laporr.. hahha.. padan muka aku.

aku dah biasa dengar perut sakit orang kenduri kendara ni. sebab kawan opis aku pun selalu mc monday, alasan sakit perut makan kenduri.. mana taknya, bedal 2 3 kenduri sehari.. sabar je la.. salah perut ke, salah tekak ke, atau salah tuan punya kenduri? sendiri pikir.. kikiii..

ok sebenarnya aku nk cerita menu kenduri yang aku pegi semaalam. menu yg simple tapi sedap meletup bila makan. tak de kari, tak de sambal, tak de kurma, dalca ke apa2 la tapi menu ala-ala kampung dan macam makan kat rumah.

simple beb. nasi putih + sup daging power + ayam goreng + kerabu mangga + jantung pisang + sambal belacan + ikan pekasam..
ni lauk yang aku amik. ada beberapa lauk lain, tapi aku tak minat.

sup dia panas, bukan suam2 kuku taw.. tu yang berselera.. bukan lapar tahap gaban pun, tp bila tengok ikan pekasam tu. dah lama tak makan, bukak selera aku..

tak penah aku jumpa orang buat ikan pekasam time kenduri, tak tau la kalau kat belah utara mungkin dah biasa kot.

kenyang makan.. alhamdulillah.. somi aku punya suka dapat makan lauk mcm tu. danish siap tambah nasi. cendol pun dia makan 2 mangkuk. nasib tak ramai sgt org. hati-hati ada yang memerati.. kikii..

Thursday, March 28, 2013

Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut?

Baru je mgu lepas aku cerita pasal Pure Marine Collagen.. tup tup pagi ni aku terbaca mengenai ' Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut' dari artikel The Secret Medicines..


Emm.. agak memeranjatkan, tapi aku macam penah dengar sebelum ni cuma tak de baca kat mana2 la.. tapi menurut mereka yg telah cuba semua mendapat perubahan positif melalui pengalaman menggunakannya. cuma mintak2 dijauhkan kalau ada kesan sampingan..


Seperti kata TSM, "Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah.  Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan."

"Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur. "

 

"Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar."

 

info : http://thesecretmedicines.blogspot.com/2013/03/tiada-kolagen-dalam-rumpai-laut.html?showComment=1364398656568#c8996051867931688525

 

tapi rumpai laut ni tak la semahal kalau kita dibandingkan dengan pil2 yg ada kolagen dipasaran.. semuanya harga lingkungan RM60 ke atas dan mencecah ratusan ringgit. rumpai laut pun sekarang dah murah, mungkin disebabkan persaingan dan dakwaan yang mengatakan ianya tak de kolagen. dan sekarang harganya boleh didapati dalam linkungan rm8-10 100g.. dulu mula keluar agak mahal. ada yang jual rm25-35 100g. kalau sape beli borong lagi murah..

 

SIAPA TSM?

 

ni pengakuan mereka bila ada pengomen yang tanya : 'TSM adalah beberapa individu dan aktivis yg prihatin tentang pemakanan dan ubat-ubatan moden.' 

 

Jadi korang boleh la fikir2kan apa yang sesuai untuk tubuh badan masing2 ye..

 

Pada pendapat aku la, kalau betul la rumpai laut tiada kolagen tak pe asalkan ianya tetap ada kebaikan kesan daripada nutrien dan mineral yang ada pada rumpai tersebut. lagipun aku bukan pakar biologi. ala macam kita makan ulam2 la, kan untuk awet muda juga selain dari lain2 khasiat pada ulam2 tu.. walaupun tiada kolagen asalkan memberi kesan positif kepada kesihatan, tak salah kalau mengamalkannya selagi tidak memudaratkan tapi jangan makan berlebihan sampai taksub pulak.. cuma penjual rumpai laut lepas ni tak boleh la tulis 'Kolegen Rumpai  Laut' lagi bagi mengelakkan kekeliruan..

 

Lain2 info : http://www.dryseaweed.com/collagen_bm.cfm 

 

Wednesday, March 20, 2013

Pure Marine Collagen

Tau tak apa yg dok femes sekarang.. tak sah la kan kalau pompuan tak heboh bab-bab nak lagi cun kan.. bukan nk cantik sgt pun, setakat tegangkan apa yang kendur dan licinkan apa yang kurang licin tu apa salahnya.. kan usaha tu, nnti mr husband tengok selera la sikit.. ekekekkk..

orang heboh pakai aku pun heboh nak try..
sebenarnya aku lebih suka tgk orang disekeliling aku try dulu, bila aku tgk ok dan ada perubahan pada mereka aku pun dengan rela hati akan cuba,.. biasa pompuan..

ish membebel tapi tak cakap apa bendanya..
Pure Marine Collagen / Kolegen Rumpai Laut.. kan heboh dimerata orang cerita pasal benda ni.. pakcik dgn makcik aku yang tak berpesbuk pun tahu taw.. dia siap letak kat kaki bagi hilang pecah tumit, pastu ada yang letak kat kutil2.. hilang diaorang cakap.. aku apa lagi eksited la.. sebelum ni bila ada orang promote aku wat dekk jer.. bila testimoni yang boleh dipercayai cakap baru boleh cakap..  'oooo nk try la..'

Dia ada mcm2 gred, yg putih kekuningan gred AA, Pepel gred AAA dan hijau paling power AAAA.. tapi agak mahal sikit yang hijau..
Aku try yang warna unggu gred AAA.. gred tengah2.. biarla kita bersederhana.. hihii..

First time guna aku dah rasa perubahan.. muka rasa licin dan lembap lebih2 lagi lepas masker.. tapi tak nak la over perasan kan..
hari ketiga aku pakai kawan opis dah tegur kata aku berseri2 padahal hati hepi sebab dapat handbag baru macam yang aku cakap kat SINI.. tapi dah 2 3 orang tegur, apa lagi bukak laci cari cermin.. ehh betul ke atau aku yang perasan ni.. ekekeee...

sekarang kawan kau pulak terhegeh2 nak berseri2 lepas aku pecahkan rahsia aku.. hahhaa..
kan bagus skrang, satu opis berseri2..

ni aku tepek gambar proses membuat sendiri rumpai ni.. ikut kaa boleh jer beli readymade.. dah macam2 perasa diaorang jual skrg.. perasa oren, ribena, mangga dan ada yang letak nata de coco lagi.. kretip betul diaorang berniaga.


ni la rupanya masa kering.. kakak aku ckp macam cicak kering.. ekekekk
bau pulak hanyir macam ikan masin..

proses merendam..

 esok tengok dah kembang..

ni aku dah tos.. cer tgk mcm kaki cicak kan.. hahhaahh.

gambar rebus aku lupa snap la.. sbb tgh malam projek merebus ni tu pasal lupa.. oh yaa, masukkan daun pandan nk hilangkan hanyir tu ye..

Ni la rupanya kolegen setelah siap.. aku dapat 4 bekas mcm ni utk rebusan 100g dgn 2L air..
masa ni aku dah sejukkan untuk dimakan setiap pagi dan malam..
Benda yang sama ni aku guna untuk makan dan masker, so masa rebus aku tak letak perasa kecuali daun pandan untuk hilangkan hanyir.

Masa nak makan nanti baru aku bancuh dan kreatifkan dia dengan jus oren atau ribena..  macam makan ala2 taufa tu..
masa masker aku terus tepek dan tunggu kering dalam 30 minit.. Banyakkan minum air putih anggaran 8 cawan atau 2-3L sehari bagi menyingkirkan toksin dalam badan.

Larangan

1. Disarankan untuk tindak mengambil minuman berkafein atau berkarbonat 3 jam selepas pengambilan kolegen sebab kafein boleh menyerap kebaikan dan agen pemutih di dalam kolegen 
2. Jangan ambil dalam kuantiti yang berlebihan kerana boleh menyebabkan sakit perut dan sakit kepala.

ni aku share cara nak buat dan kelebihannya ye..

Cara Basuh Dan Penggunaannya

1. Basuh kolagen mentah, ramas-ramas seperti basuh beras sebanyak 5-6 kali
2. Rendam kologen mentah yang telah dibasuh semalaman
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali dan toskan
4. Campur sekitar 100gram kologen mentah dengan 2 liter air kosong untuk direbus
5. Rebus dengan api perlahan dalam 30-45 minit. Kacau hingga hancur
6. Boleh juga dicampurkan dengan madu/gula batu/gula merah/ginseng. tapi aku tak letak apa2 sebab nak gunakan utk masker nanti. so masa nak makan tu baru aku bancuh bersama air jus oren.
7. Campurkan sedikit tepung gandum dan asam keping sekiranya perlu untuk hilangkan bau hanyir laut. tapi aku masukkan daun pandan, wangi jer..

kita share kebaikannya pulak..

Kelebihan dan Khasiat Pure Marine Kolagen

1. Terkenal untuk kecantikan kulit dan ubat diet 100% semula jadi
2. Dikenali sebagai “Sarang Burung Laut” oleh masyarakat cina
3. Melancarkan kitaran darah
4. Mencantikkan kulit agar lebih putih dan tegang (anti penuaan)
5. Melambatkan penuaan dan melansingkan badan
6. Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre (kelenjar Thyroid membengkak)
7. Khasiatnya 10 kali ganda tinggi dari sirip yu (satu mangkuk kecil RM 300)
8. Khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang (RM 400 hingga Ribuan)
9. 24% kologen ini bersamaan 2 keping sarang burung layang-layang.
10. Melaraskan berat badan dan hormon.
11. Anti bakteria-membuang toksin.
12. Sangat membantu menghilangkan sembelit.
13. Mengurangkan tekanan darah tinggi.
14. 
Meningkatkan sel rawan,ligamen dan otot.
15. Merangsang penghasilan sel2 baru kulit dan menyembuhkan luka.
16. Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kelenjar tiroid.
17. Merawat masalah kulit dan rambut..mengurangkan selulit,bintik hitam,jerawat.
18. Membantu meningkatkan metabolisme.
19. Memejalkan payudara,otot dan punggung.

20. Memberi tenaga.  
21. Menurunkan tahap kolestrol dalam tubuh.
22. Melembutkan tumit kaki dan merawat tumit pecah.
23. Menguatkan tulang sendi..menjauhkan artritis dan osteoporosis.
24. Meningkatkan peredaran darah,mengurangkan sakit bahu dan belakang.
25. Mencegah kanser/tumor.
26. Meningkatkan fungsi penghadaman dan pencernaan.
27. Merawat gastrik.
28. Mencegah anemia.
29. Memberi kekenyangan/diet.
 

Benda yang baik kita share tak rugi pun..

dan ini info terkini mengenai Rahsia Rumpai Laut : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rahsiarumpailaut/Article/

Tuesday, March 19, 2013

Clarks Henderson nk jual..

Ni lagi satu yg aku geram.. punyala lama aku tunggu sekali sampai tak muat..
sebelum ni kasut clarks aku saiz 4. ni aku try sendiri kat butik Clarks Mahkota Parade (MP) tahun lepas..

Masa tu aku beli Harper Wish. kasut tester tu saiz 5 tapi longgar mungkin sebab dah banyak org test jadi kembang la kot.. nak saiz 4.5 tak de yang ada saiz 4, so aku pun order saiz 4 sebab kalau 5 takut lama2 pakai kembang mcm kasut tester tu.. seminggu aku booked kat butik tu, sampai je barang staf situ kol aku datang test.. memula pakai agak ketat tp tak terasa sgt sbb kasut tu agak selesa sebab tu namanya clarks softwear .. skrang hari2 pakai dah ok tak ketat.. ikutkan kasut aku jenama lain saiz 5/6..

so untuk kali ni gatal pulak aku order saiz 5.. ingat ok la tapi sekali sarung longgar.. walaupun pakai pad kat dalam dia still longgat dah macam kasut pinjam.. boleh masuk satu jari kat belakang..

kawan aku beli 3 pasang pun semua dia letgo jugak.. tak puas hati kitaorang.. huhuhu.. sodeh.. dia pun ada beli kasut sama mcm aku dulu Harper Wish.. aku marah dia.. wei apasal beli sama dgn kasut aku, dia cakap tak pe la kita lain opis.. hihihi..

ni la kasut aku dulu Harper Wish Dark Blue.. gambar gugel..

ikutkan beli kasut tak sesuai beli online sebab tak boleh test tapi time aku beli ni murah gila-gila.. 50% tu.. time offer christmas kalau tak silap.. nak tau berapa harga aku beli dengan Henderson ni? hanya RM 222 dgn postage.. Henderson dan Harper Wish sama harga dipasaran UK. Harper Wish yanga ku beli kat butik Clarks Malaysia ni RM 38+ tak silap. aku pun lupa tapi memang dah dekat nak empat ratus la.. aku rasa kalau aku saje2 jenguk kat butik tu kasut henderson ni kat mp mesti harga meroyan macam kasut yg aku beli tuhari.. ohh tak sanggup la..

nak buat mcm mana dah tak de rezeki, aku nk letgo jugak yang ni.. aku nk jual harga beli.. sape nk email aku laju2 ye..




Brand : Clarks (Henderson Fun)
Colour :  Rust Leather
Size : 5UK / 38
Price : RM 222
Condition : New 10/10

SOLD to INTAN
 

Thursday, March 14, 2013

Nasi Impit Goreng

Semalam adalah dinner yang paling ringkas. tak de lauk okey. punya la sempoi.. cakap je dinner tp kul 6.00 petang dah makan, sebab cepat sgt siap.. biasa kitaorang dinner lepas maghrib. ni tak siap je terus bedal..

bila mr husband request buat nasi impit goreng kita kena la buatkan kan, pastu dia kata takyah masak lauk, lagi la aku gumbira.. hihiih...

ok, nasi impit goreng ni adalah versi mak aku. mak aku sgt suka masak makanan ni, dari situ la husband aku mula suka benda alah ni, sbb setahu aku aku tak penah lagi tgk ibu mertua ku masak masakan ni..

pada yang belum penah buat, untuk pengetahuan korang nak buatnya punya la senang, macam buat nasi goreng tu, cuma aku suka bila buat nasi impit goreng ni aku suka lebihkan rencah dia, macam letak ikan bilis lebih sikit, telur atau tambah ayam. kebetulan ni adalah nasi impit lebihan menu soto, opkos ada ayam carik2 tukan.. tak la rasa kosong bila makan nanti kan..

Sape tak penah coba, aku bagi resepi, dah penah buat cobaa la resepi aku.. mana tau lagi best dari korang puanya.. hahaha.. perasan!



Bahan-bahan

Nasi Impit
½ biji bawang besar
1 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis
isi ayam yang telah dicarik
cili yang telah dikisar
1 biji telur
Minyak
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1.            Tumbuk semua bahan-bahan (bawang besar, bawang putih, ikan bilis)
2.            Panaskan minyak, tumis bahan yang telah ditumbuk, selepas kekuningan masukkan isi ayam (aku masuk isi ayam awal sebab nak ada rasa garing pada ayam dan bahan)
3.            Masukkan cili kisar. Tumis sehingga naik minyak.
4.            Pecahkan telur, masukkan kan garam dan serbuk perasa (kalau suka la, tp aku tak letak pun)
5.           Masukkan nasi impit dan gaul sebati.. siap..



haaa tu la rupanya taik dia.. chehhh, tak senonoh punya ayat.. cakap la rencah ke, seredak ke..

kepada yang berjaya buat tahniah aku ucapkan.. kikii.. babai!

Tuesday, March 12, 2013

Reward for Myself ~ Coach Hamptons

Minggu ni rasa mcm hepi jer.. kengkawan sibuk tanya apasal aku ceria aje, katanya meh la share ada makan apa2 ke.. aku kata mana ada, biasa je.. memang la semenjak2 ni aku amalkan collagen.. oppss tercakap pulak.. hihihi..

rupa2nya hati kecil ku riang ria sebab wishlist aku dah tercapai. walaupun tak la beribu riban harga macam yang korang punya tapi aku tetap bersyukur.. orang ckp 'reward yourself' penat keje taw, nk gak merasa benda best2..

Inilah bendanya..

Coach Hamptons Weekend Signature Stripe Shoulder Bag #10055

Detail :
  •  Signature jacquard fabric with leather trim
  • Inside sip, cell phone and multifunction pockets
  • Zip-top closure, fabric lining
  • Handle with 5 3/4" drop
  • Longer strap for shoulder or crossbody wear
  • Size : 12 1/4" (L) x 10 1/4" (H) x 4 3/4" (W)

Asalnya aku nak warna khaki berry, kaler coklet stripe dia pink.. tapi tak tau la ada sedikit masalah, bag yang aku order tak sampai2. katanya ready stok tapi dah seminggu aku bank in tanya tak de respond. paham2 je beli online ni kan. itu la risiko pembeli online tegar mcm aku.. tp nasib seller tu bagi option, nk tunggu atau nak refund. sbb dia pun duduk UK, staf dia yg handle postage kat Malaysia.. dan kebetulan lepas tu aku jumpa seller yang ada kaler black ni, stock in hand.. harga pun ok, so aku pun minta seller yang dulu refund je la dari aku ambil risiko tunggu lagi kan..

tapi sekarang memang ada offer kat Coach Factory Outlet. ramai gak seller online yang amik pre-order. sape sabar menanti boleh je deal dgn mereka. tapi pastikan trusted seller ye kengkawan..

seller yang refund duit aku tu bukan tipu, ye.. dia memang peniaga yang bagus dan tgk fb dia memang ramai royal customer dia, tapi memandangkan hanya dia seorang yang handle order dan staf pula yang mengepos, mungkin ada sedikit kekelamkabutan dalam bisnes dia.. aku tak salahkan dia, biasa la.. tapi memang dia jual lebih berpatutan dari seller lain..






ok la, terima kasih sudi baca bebelan aku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...