~ Members ~

Friday, August 3, 2012

Sambal Ketuk dan Kuew Tiaw Goreng


Macamana menu berbuka korang semalam? mesti sodap-sodap.. sebaiknya dibulan mulia ni kita bersederhana ye. jgn membazir dan ghairah beli lauk tunjuk2 kat bazar ramadhan tu hehee.. aku tau, korang semua memang rajin dan superb bab ke dapur kan..

Menu berbuka semalam aku simple, kuew tiaw goreng je. tapi aku masak la lauk sikit kalau mr husband nak makan nasi.
Kalau aku nk buat resepi kuew tiaw goreng ni rasanya korang semua dah sedia maklumkan, dan aku pun tak cukup masa semalam. Agak kelam kabut sikit. sebab balik kerja singgah pasar, dah makan masa untuk aku memasak. dari 1 jam dah tinggal 1/2 jam jer. sob.sob..

kuew tiaw goreng 


Lagi satu nak tanya, korang penah dengar tak makanan yang bernama 'sambal ketuk'? kalau tak penah kompem bukan anak jowooo.. hehee.. aku ada sipi-sipi keturunan jawa. belah ayah aku jawa johor. dan ni adalah makanan kegemaran ayah. mak aku selalu buat. kalau ayah tak de selera makan pun dia suruh mak aku buat. senang dan sedap. tak tau la selera korang. tekak aku cakap sedap..;)

meh rapat-rapat sape yang tak penah try, aku bagi menunya. teramatla senang.. nanti boleh try ye..

Bahan-bahannya :-

Tempe
Ikan bilis
Bawang putih
Bawang merah
Cili api
Minyak
Serbuk kunyit
Garam
(Agak-agak bahan ikut keperluan ye..)

Cara-caranya :-

Panaskan minyak
Gaul tempe dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. goreng sehingga kekuningan. asingkan.
Goreng ikan bilis sehingga garing. asingkan.
Goreng bawang putih, bawang merah, cili api
Tumbuk semua bahan di atas kecuali ikan bilis. Masukkan sedikit garam.
Masukkan ikan bilis, tumbuk ala kadar dan manja-manja kalau taknak hancur sangat ye. Aku tak suka hancur sangat ikan bilis tu. Ikut suka korang la..
Siap dimakan. Kalau dengan nasi panas lagi terangkat. perrghhh!!!

Ni bahan-bahan yang telah digoreng

Ni la rupe sambal ketuk yang siap dimakan

ok korang, selamat mencuba dan selamat berbuka puasa.. ;)

6 comments:

  1. alamakk tertengokk..uiii sedapnyer... opsss poser2... ehehehe

    boleh cuba pasni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh boleh.. jgn segan segan ye..

      Delete
  2. Terima kasih bagi resepi ni Far. Walaupun bukan orang Jawa. Teringat waktu study dulu, senior bilik mesti bawak balik sambal ni untuk kita orang makan. Nak buat, tapi tak tahu resepi. Rupanya senang sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ reena.. sedapkan.. meh la cuba buat..
      mesti senior tu org jawa.. lepas ni takya susah2.. ketuk je kat rumah.. hehehee..

      Delete
  3. nasib baik baca lepas bukak puasa :)
    kalau x mesti terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheee.. terliur takpe jgn sampai meleleh airliur sudah.. heheeee..;)

      Delete

komen la kalau sudi.. mekasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...