~ Members ~

Showing posts with label Big Baby. Show all posts
Showing posts with label Big Baby. Show all posts

Sunday, May 1, 2011

Puteriku.. Farra Damia..


Alhamdulillah..Aku dah pun selamat bersalin seorang puteri pada 18 Mac 2011 di Hospital Melaka.. Aku operate jugak kali ni.. Memang betul sangkaan aku anak aku big baby, 4 kg..

Sekarang ni dok cuti sakan la 3 bulan.. Semalam aku baru habis pantang 44hari.. So aku abadikanlah gambar baby aku ye..

Mama dan Damia..
Hari - 1

Hari - 3

 Hari - 6

Hari - 12

Nama - Farra Damia binti Roshdan
Tempat Lahir - Hospital Melaka
Tarikh - 18 Mac 2011
Masa - 11.26 pagi
Hari - Jumaat
Berat - 4 kg

Semoga anak mama membesar dengan sihat dan aktif.. menjadi anak yang solehah ye..

Walaupun lambat dikurniakan anak selepas 5 tahun berumahtangga, sekarang mama dah puas hati sebab dah dapat sepasang anak yang comel.. So, dah 2 kali operate, mungkin ada 1 kali aje peluang beranak lagi.. Insyaallah... kalau lagi 2, lagi bagus..

Friday, March 11, 2011

aku operet lagi..


Semalam aku g check up kat Hospital Melaka..
Doktor klinik kesihatan suruh aku refer kat hospital besar, scan sama ada aku sok beranak normal ke operet mcm dulu..

Setelah dibelek, dikaji dan discan, doktor cakap 'baby besar gak ni, perut padat.. anggaran berat 3.6kg-3.8kg..'
so, dia bg pilihan aku nk try normal ke operet.. aku terus pilih operet, sbb takut mcm first baby dulu..

yang dulu doktor scan baby besar dalam 3.8kg gak tp mungkin lebih, dia pun bg pilihan kat aku.. lepas diskus dgn suami dgn akak aku, aku pilih operet. sebab akak aku sajes aku operet takut mcm member dia x boleh bangun lepas beranak, anak pun bahu patah.. sian kan..

masa dalam bilik bedah, kuar je baby nurse ckp.. 'makk aii besarnya mcm 3 bulan..' hehe aku tengok pun gerun.. bosar beb!! pastu dah semua sepupu2 dia cakap muka anak aku macam Giant dalam cerita doremon..
kuang ajakk kan!!!

tp sekarang anak aku dah melidi.. kiding je.. selalu sgt demam.. makan pun kurang..
jadi mengikut pengalaman aku tak nak amik risiko, biarlah aku terus pilih operet, nanti bila dah teran2 tak kuar jugak doktor baru operet dah 2x sakit.. aduihh! mak takut la..
walaupun aku tau susah nak jaga perut dalam pantang..

17hb aku dah kena masuk wad, 18hb dah operet..
doktor awalkan 1 minggu, maknanya 39 minggu je la.. sbb ada scar lama..
korang doakan la ye aku selamat bersalin.. AMIN!!

Thursday, January 27, 2011

baby = sampah ker?

Hari2 tengok berita, boleh kata kan mesti ada kes buang bayi..
Bagi dia orang buang baby tu mcm buang sampul gula2 je? Lepas mencekik gula2 tu campak je..

Untuk si bapak baby tu mungkin la.. orang cakap habis madu sepah dibuang.. tapi si emak yang beranak tu, tak ada perasaan ke bila buang anak sendiri!..
Tak sakit ke dia orang beranak.. aku rasa budak2 zaman sekarang ni terlalu ikut perasaan..
yang bodoh aku rasa si pompuannya.. sodapnya kejap, akibatnya? dia kena tanggung sendiri,
kena mengandung 9 bulan, sakit bersalin, pastu tanggung dosa buang anak..
tu lum kantoi kalau kena tangkap buang anak, masuk jel, padan muka.. yang jantan tu lepas gitu je..
eeee geram mak!

Nasib bayi tak dibaham anjing
Gambar ni dari my Metro hari ni..

Tah la aku jd emo pulak bila kes baby kena buang ni..
Mungkin sebab aku lambat dpt anak lepas kawin dulu kot..

First pregnant aku pun lepas 5 tahun kawin.. Pulak tu luar rahim..
Dah la tiup aku kena potong belah kanan.. (apa ye nama tiup tu, tak la aku bukan nurse, nnt balik aku tanya akak aku.. hehe..)

Danish ni pregnant yg ke dua.. Maksudnya, lepas ni kalau aku ngandung lagi semua dari belah kiri la..
Alhamdulillah, sekarang aku preggy lagi..
Walaupun dah tinggal sebelah..

Ni gambar Danish, meh tengok..

1st day Danish melihat dunia..

Gambar ni Mr Husband amik masa kat dalam Nursery.. curi2 tangkap gambar..
Lahir je terus masuk nursery sbb demam.. cian..

Tau berapa berat Danish? 4.6kg tau.. mengengkeh aku bawak 9 bulan...
Pastu kuar lebih putih dari maknya, mata sepet.. dah la orang kat nursery cakap '.... ee macam anak cina la...' menyirap aku..
'heh ni anak aku la.. susah payah aku beranak dia kata anak cina.. montang2 aku hitam gelap sikit dari baby tu.. (terasa lak.. hehe..)


Masa menyusukan Danish kat Nursery..

2 minggu dia kat dalam tu..
Aku dok berkampung 2 minggu dari pagi sampai malam tgk anak dan bagi susu badan..
Dah la operation, diri sendiri pun dah terjaga.. orang lain dalam pantang, duk terlentang kat rumah aku ulang-alik hari g sepital.. dugaan..

Nasib baik ada wheelchair arwah wan dulu, hari2 bwk g sepital, kalau tak rasanya meletup jahitan perut aku, hospital bukannnya kecik, nak berjalan dari parking ke lif, jalan lagi ke nursery tu..
sebab tu luka perut aku lambat sembuh...Harap2 baby yg ni senang cikit ye..

So, aku harap wahai gadis2 di luar sana, pandai2 la jaga diri, jgn nak enjoy je..
jgn ikut nafsu.. tak kemana nya..
kawin sok ko tau la mcm mana susah nak jaga anak, jgn tau buat je..
sorila kalau ada yang terasa, akak nasihat jer ye..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...