~ Members ~

Showing posts with label Cesarean. Show all posts
Showing posts with label Cesarean. Show all posts

Sunday, May 1, 2011

Puteriku.. Farra Damia..


Alhamdulillah..Aku dah pun selamat bersalin seorang puteri pada 18 Mac 2011 di Hospital Melaka.. Aku operate jugak kali ni.. Memang betul sangkaan aku anak aku big baby, 4 kg..

Sekarang ni dok cuti sakan la 3 bulan.. Semalam aku baru habis pantang 44hari.. So aku abadikanlah gambar baby aku ye..

Mama dan Damia..
Hari - 1

Hari - 3

 Hari - 6

Hari - 12

Nama - Farra Damia binti Roshdan
Tempat Lahir - Hospital Melaka
Tarikh - 18 Mac 2011
Masa - 11.26 pagi
Hari - Jumaat
Berat - 4 kg

Semoga anak mama membesar dengan sihat dan aktif.. menjadi anak yang solehah ye..

Walaupun lambat dikurniakan anak selepas 5 tahun berumahtangga, sekarang mama dah puas hati sebab dah dapat sepasang anak yang comel.. So, dah 2 kali operate, mungkin ada 1 kali aje peluang beranak lagi.. Insyaallah... kalau lagi 2, lagi bagus..

Friday, March 11, 2011

aku operet lagi..


Semalam aku g check up kat Hospital Melaka..
Doktor klinik kesihatan suruh aku refer kat hospital besar, scan sama ada aku sok beranak normal ke operet mcm dulu..

Setelah dibelek, dikaji dan discan, doktor cakap 'baby besar gak ni, perut padat.. anggaran berat 3.6kg-3.8kg..'
so, dia bg pilihan aku nk try normal ke operet.. aku terus pilih operet, sbb takut mcm first baby dulu..

yang dulu doktor scan baby besar dalam 3.8kg gak tp mungkin lebih, dia pun bg pilihan kat aku.. lepas diskus dgn suami dgn akak aku, aku pilih operet. sebab akak aku sajes aku operet takut mcm member dia x boleh bangun lepas beranak, anak pun bahu patah.. sian kan..

masa dalam bilik bedah, kuar je baby nurse ckp.. 'makk aii besarnya mcm 3 bulan..' hehe aku tengok pun gerun.. bosar beb!! pastu dah semua sepupu2 dia cakap muka anak aku macam Giant dalam cerita doremon..
kuang ajakk kan!!!

tp sekarang anak aku dah melidi.. kiding je.. selalu sgt demam.. makan pun kurang..
jadi mengikut pengalaman aku tak nak amik risiko, biarlah aku terus pilih operet, nanti bila dah teran2 tak kuar jugak doktor baru operet dah 2x sakit.. aduihh! mak takut la..
walaupun aku tau susah nak jaga perut dalam pantang..

17hb aku dah kena masuk wad, 18hb dah operet..
doktor awalkan 1 minggu, maknanya 39 minggu je la.. sbb ada scar lama..
korang doakan la ye aku selamat bersalin.. AMIN!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...