Alhamdulillah.. Syukur kepada Ilahi..
Mak aku telah selamat di bedah pada 17 May (Khamis) lepas di Hospital Sungai Buloh..
lama jugak.. dari jam 8.00 pagi masuk, 12.30 baru keluar..
Pembedahan ni susulan dari operation leher sebelum ni..
Pembedahan tu berjaya membuang ketulah nanah yang ada di antara paru2 dan salur makan mak.. aku nak cerita detail pun tak pandai, aku bukan doktor..
Kalau nak buat pembedahan seterusnya, risiko amatlah besar. jadi kami tengoklah dulu perkembangan kesihantan mak selepas ni.. kami berserah je la..
Khamis tu lepas operation mak masuk ICU, esoknya mak dah keluar wad biasa.
So, 18/5 (Jumaat) aku jaga mak kat wad 5B. kat badan mak banyak wayar2 dan mak tak boleh banyak bergerak, nak salinkan baju pun susah.. bila angkat tangan sakit sangat mak cakap. macam daging tengah kena potong.. aku tau sakit. aku penah rasa dulu. masa operation lahirkan Danish dulu.. memang rasa macam perut tengah di potong2 lepas bius tu dah kurang..
19/5 (Sabtu) Zedah, adik aku pulah jaga mak malam tu.. dan mak ada perkembangan dah dah boleh duduk sendiri..
Ahad tu kami semua kena balik petang tu.. aku dah cuti dari Khamis masa mak operate.. jd Syasya sepupu aku yang baru lepas SMP akan tolong jagakan. mak dah booking dia awal2 sebelum operation tu hari..
Ni aku sempat jd mamarazzi masa adik aku Nasir cuci luka mak. darah dah banyak melimpah kat katil. Adik aku tu memang nurse kat hospital tu, tp time ni di tengah cuti..
Sister kat sana siap cakap 'terima kasih ye tolong kami kat sini..' okey.. kali ni kami tolong.. lain kali Syasya ko jerit kat nurse sana tolong bersihkan luka maklong ye..
Nasir.. nurse yang poyo..
yang sorang tu along aku.. nurse jugak tapi nurse Klinik Kesihatan.. pasal bidan2 ni dia terer la..
gambar jahitan mak aku ada ambik, tp agak tidak sesuai untuk dipaparkan..
aku pun ngeri tengok luka mak. dijahit pakai macam stapler tu.. dulu aku tengok stapler tu masa Shafiq (sepupu aku) buat pembedahan kat kepala.. ni luka mak aku pun kena mcm tu.. seram tau..
Semoga mak cepat sembuh ye.. kalau cepat keluar wad, Insyallah 10 Jun ni kita buat kenduri doa selamat ye..
psssss.. tipon cap ayam.. gambar pun blur jer dikesuraman cahaya..
alhamdulillah...everything going well.
ReplyDeletetq Mummy Chubby..
ReplyDeletesyukur sangat..
Semoga mak awak cepat sembuh seperti sediakala. Sedih kita baca, serta-merta teringat dekat mak sendiri. Anak mana yang tak susah hati kalau mak sakit kan? Awak pun jaga kesihatan selalu :)
ReplyDeleteharap2 cepat sembuh kan :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Moga ibu farmys diberi kesihatan yg lebih baik lpas ni..amin :)
ReplyDeleteReena..
ReplyDeleteThanx dear..
memang sedih bila tgk mak kita sakit.. kita kalau sakit sikit ngadu dgn mak, mak sakit diam2 jer..
Zakia..
ReplyDeletetq.. harap2 begitu la..
ROS..
Doa kan yang terbaik untuk mak saya ye..
Alhamdulillah dah selesai semua..
ReplyDeleteoatutlaa ko senyap ja sejak kebelakangan ni..
semoga mak ko cepat sihat na.
saya yg baca ni pun macam terasa kepedihannya.
ReplyDeletesemoga cepat mak awak sembuh ye...
Rozy..
ReplyDeleteaa' agak menyepi seketika.. ko gindu ye..
gadisBunga..
ReplyDeleteBadan yang menanggung mesti lg pedihkan..
TQ GB.. amin..