Sungguh tak dijangka, mak dapat discharge ward 25 May tuhari.. seminggu selepas operation..
Antibiotic mak dah habis jd doktor bg kuar. Tapi walaupun dah keluar mak tak dapat duduk diam.
nak baring sakit, nak duduk lama2 tak selesa. nak tido pun sakit. kesian mak.
dah tau tak sihat pun sibuk nak buat kerja dapur. sabtu tu hari aku dok lambat uruskan anak2 mak gi dapur amik terung nak siap buat pajeri terung. agaknya tengok aku lambat nooo gi dapur masak agaknya.. cepat aku gi dapur masak sebelum dia buat semua tu..
dah malam tu luka mak bengkak..
dah cakap jgn banyak gerak2.. mak tetap nak buat kerja sikit. sebab mak memang jenis tak tau duduk diam..
hujung minggu lepas kami adik beradik berkumpul kat rumah mak.. mengemas rumah yang dah lama tak di jenguk sebab ayah pun memang dah lama duduk rumah nasir sebab tunggu mak kat hospital sejak mak masuk hospital sungai buluh.. seminggu sekali ayah balik rumah..
aku mcm biasa lepas mengemas duk buat projek untuk 10 Jun ni.. buat sikit2 sebab kenduri ni kami je adik beradik uruskan. mak dah tak sihat.. dan kami bersyukur sangat-sangat mak selamat..
sebab sebelum mak operation tuhari.. mak ada cakap..
'kalau mak selamat operation kali ni , 10 Jun mak nak buat kenduri doa selamat'.. sebab tarikh tu pun tarikh hari jadi mak..
..'tapi kalau mak tak selamat dibedah, mak minta kami adik beradik buat tarikh tu jugak untuk kenduri arwah mak..'
apa perasaan korang kalau mak korang ckp macam tu.. sedih tau...
selisih la benda2 yang tak elok, kami semua doakan agar segalanya selamat..
jadi kami tunaikan permintaan mak untuk kenduri bulan depan.. juga mak ada permintaan lain selain dari yang tu.. yang tu nanti aku story ye..
tunggu je la ye.. akak diberitahu kemudian..
tataaaa..
semoga mak akak cepat sembuh sepenuhnya :) saya pajeri terung..hehe
ReplyDeletemekaceh zakia.. tu la doa kami semua..
Deletealhamdulillah...
ReplyDeletesemoga mak awak terus sihat ye..
tq GB.. mak memang tengah berusaha melawan sakitnya.. mak sy memang seorang yang tabah..
DeleteLega sangat dengar berita ni. Moga makcik cepat sembuh ye. Awak.... sampaikan salam saya dekat mak awak tau :)
ReplyDeletethanks my dearest reena.. insyallah.. ;)
Delete