~ Members ~

Wednesday, March 20, 2013

Pure Marine Collagen

Tau tak apa yg dok femes sekarang.. tak sah la kan kalau pompuan tak heboh bab-bab nak lagi cun kan.. bukan nk cantik sgt pun, setakat tegangkan apa yang kendur dan licinkan apa yang kurang licin tu apa salahnya.. kan usaha tu, nnti mr husband tengok selera la sikit.. ekekekkk..

orang heboh pakai aku pun heboh nak try..
sebenarnya aku lebih suka tgk orang disekeliling aku try dulu, bila aku tgk ok dan ada perubahan pada mereka aku pun dengan rela hati akan cuba,.. biasa pompuan..

ish membebel tapi tak cakap apa bendanya..
Pure Marine Collagen / Kolegen Rumpai Laut.. kan heboh dimerata orang cerita pasal benda ni.. pakcik dgn makcik aku yang tak berpesbuk pun tahu taw.. dia siap letak kat kaki bagi hilang pecah tumit, pastu ada yang letak kat kutil2.. hilang diaorang cakap.. aku apa lagi eksited la.. sebelum ni bila ada orang promote aku wat dekk jer.. bila testimoni yang boleh dipercayai cakap baru boleh cakap..  'oooo nk try la..'

Dia ada mcm2 gred, yg putih kekuningan gred AA, Pepel gred AAA dan hijau paling power AAAA.. tapi agak mahal sikit yang hijau..
Aku try yang warna unggu gred AAA.. gred tengah2.. biarla kita bersederhana.. hihii..

First time guna aku dah rasa perubahan.. muka rasa licin dan lembap lebih2 lagi lepas masker.. tapi tak nak la over perasan kan..
hari ketiga aku pakai kawan opis dah tegur kata aku berseri2 padahal hati hepi sebab dapat handbag baru macam yang aku cakap kat SINI.. tapi dah 2 3 orang tegur, apa lagi bukak laci cari cermin.. ehh betul ke atau aku yang perasan ni.. ekekeee...

sekarang kawan kau pulak terhegeh2 nak berseri2 lepas aku pecahkan rahsia aku.. hahhaa..
kan bagus skrang, satu opis berseri2..

ni aku tepek gambar proses membuat sendiri rumpai ni.. ikut kaa boleh jer beli readymade.. dah macam2 perasa diaorang jual skrg.. perasa oren, ribena, mangga dan ada yang letak nata de coco lagi.. kretip betul diaorang berniaga.


ni la rupanya masa kering.. kakak aku ckp macam cicak kering.. ekekekk
bau pulak hanyir macam ikan masin..

proses merendam..

 esok tengok dah kembang..

ni aku dah tos.. cer tgk mcm kaki cicak kan.. hahhaahh.

gambar rebus aku lupa snap la.. sbb tgh malam projek merebus ni tu pasal lupa.. oh yaa, masukkan daun pandan nk hilangkan hanyir tu ye..

Ni la rupanya kolegen setelah siap.. aku dapat 4 bekas mcm ni utk rebusan 100g dgn 2L air..
masa ni aku dah sejukkan untuk dimakan setiap pagi dan malam..
Benda yang sama ni aku guna untuk makan dan masker, so masa rebus aku tak letak perasa kecuali daun pandan untuk hilangkan hanyir.

Masa nak makan nanti baru aku bancuh dan kreatifkan dia dengan jus oren atau ribena..  macam makan ala2 taufa tu..
masa masker aku terus tepek dan tunggu kering dalam 30 minit.. Banyakkan minum air putih anggaran 8 cawan atau 2-3L sehari bagi menyingkirkan toksin dalam badan.

Larangan

1. Disarankan untuk tindak mengambil minuman berkafein atau berkarbonat 3 jam selepas pengambilan kolegen sebab kafein boleh menyerap kebaikan dan agen pemutih di dalam kolegen 
2. Jangan ambil dalam kuantiti yang berlebihan kerana boleh menyebabkan sakit perut dan sakit kepala.

ni aku share cara nak buat dan kelebihannya ye..

Cara Basuh Dan Penggunaannya

1. Basuh kolagen mentah, ramas-ramas seperti basuh beras sebanyak 5-6 kali
2. Rendam kologen mentah yang telah dibasuh semalaman
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali dan toskan
4. Campur sekitar 100gram kologen mentah dengan 2 liter air kosong untuk direbus
5. Rebus dengan api perlahan dalam 30-45 minit. Kacau hingga hancur
6. Boleh juga dicampurkan dengan madu/gula batu/gula merah/ginseng. tapi aku tak letak apa2 sebab nak gunakan utk masker nanti. so masa nak makan tu baru aku bancuh bersama air jus oren.
7. Campurkan sedikit tepung gandum dan asam keping sekiranya perlu untuk hilangkan bau hanyir laut. tapi aku masukkan daun pandan, wangi jer..

kita share kebaikannya pulak..

Kelebihan dan Khasiat Pure Marine Kolagen

1. Terkenal untuk kecantikan kulit dan ubat diet 100% semula jadi
2. Dikenali sebagai “Sarang Burung Laut” oleh masyarakat cina
3. Melancarkan kitaran darah
4. Mencantikkan kulit agar lebih putih dan tegang (anti penuaan)
5. Melambatkan penuaan dan melansingkan badan
6. Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre (kelenjar Thyroid membengkak)
7. Khasiatnya 10 kali ganda tinggi dari sirip yu (satu mangkuk kecil RM 300)
8. Khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang (RM 400 hingga Ribuan)
9. 24% kologen ini bersamaan 2 keping sarang burung layang-layang.
10. Melaraskan berat badan dan hormon.
11. Anti bakteria-membuang toksin.
12. Sangat membantu menghilangkan sembelit.
13. Mengurangkan tekanan darah tinggi.
14. 
Meningkatkan sel rawan,ligamen dan otot.
15. Merangsang penghasilan sel2 baru kulit dan menyembuhkan luka.
16. Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kelenjar tiroid.
17. Merawat masalah kulit dan rambut..mengurangkan selulit,bintik hitam,jerawat.
18. Membantu meningkatkan metabolisme.
19. Memejalkan payudara,otot dan punggung.

20. Memberi tenaga.  
21. Menurunkan tahap kolestrol dalam tubuh.
22. Melembutkan tumit kaki dan merawat tumit pecah.
23. Menguatkan tulang sendi..menjauhkan artritis dan osteoporosis.
24. Meningkatkan peredaran darah,mengurangkan sakit bahu dan belakang.
25. Mencegah kanser/tumor.
26. Meningkatkan fungsi penghadaman dan pencernaan.
27. Merawat gastrik.
28. Mencegah anemia.
29. Memberi kekenyangan/diet.
 

Benda yang baik kita share tak rugi pun..

dan ini info terkini mengenai Rahsia Rumpai Laut : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rahsiarumpailaut/Article/

10 comments:

  1. saya makan mende ni dah 3 bulan. memang bagus!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la yang saya rasa juga.. bagus utk luaran dan dalaman..

      Delete
  2. sy sah cuba ni..alhamdulilah ada berubahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus kan.. tak salah kita cuba kalau betul ianya berkesan..

      Delete
  3. Mak aihhh... macam gini ke rupa sebenarnya FAR? Takpelah, kita tengok FAR sorang cantik dululah. Nak buat sendiri takut. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mengerikan, mcm cicak.. kikii..
      ala reena ni, mula2 kita pun takut dan mcm tak caya, pastu malas nk buat. nasib ada kawan bg sikit sbb dia dh malas nk tepek2 bagai..

      so bila kita try sikit ok, terus beli sepeket dan amalkan.. alhamdulillah berkesan.. org tua2 pun ramai amalkan untuk sakit2 sendi..

      Delete
  4. salam ..berminat tak utk beli borong 1kg rumpai laut gred AAAA(hijau) dgn hrga RM110 termasuk postage....jika berminat, boleh la contact number ni 0195509742 (siti)http://www.ciksiti.com/2013/04/pmc-rumpai-laut-gred-aaaa-hijau.html

    ReplyDelete
  5. Di rumah saya dah lame ade rumpai laut ni, mak saya yang pakai, tp x taw la pulak ape khasiat dia nih. Tibe2 bace blog awak ni rase macam nak try lah..


    Thanks for your info =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni boleh la share mak punya tu sikit. pastu cuba rasa ada perubahan tak..
      nnti dan makin cantik mesti mak mintak ganti balik.. hihihi.

      Delete

komen la kalau sudi.. mekasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...