~ Members ~

Thursday, March 14, 2013

Nasi Impit Goreng

Semalam adalah dinner yang paling ringkas. tak de lauk okey. punya la sempoi.. cakap je dinner tp kul 6.00 petang dah makan, sebab cepat sgt siap.. biasa kitaorang dinner lepas maghrib. ni tak siap je terus bedal..

bila mr husband request buat nasi impit goreng kita kena la buatkan kan, pastu dia kata takyah masak lauk, lagi la aku gumbira.. hihiih...

ok, nasi impit goreng ni adalah versi mak aku. mak aku sgt suka masak makanan ni, dari situ la husband aku mula suka benda alah ni, sbb setahu aku aku tak penah lagi tgk ibu mertua ku masak masakan ni..

pada yang belum penah buat, untuk pengetahuan korang nak buatnya punya la senang, macam buat nasi goreng tu, cuma aku suka bila buat nasi impit goreng ni aku suka lebihkan rencah dia, macam letak ikan bilis lebih sikit, telur atau tambah ayam. kebetulan ni adalah nasi impit lebihan menu soto, opkos ada ayam carik2 tukan.. tak la rasa kosong bila makan nanti kan..

Sape tak penah coba, aku bagi resepi, dah penah buat cobaa la resepi aku.. mana tau lagi best dari korang puanya.. hahaha.. perasan!



Bahan-bahan

Nasi Impit
½ biji bawang besar
1 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis
isi ayam yang telah dicarik
cili yang telah dikisar
1 biji telur
Minyak
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1.            Tumbuk semua bahan-bahan (bawang besar, bawang putih, ikan bilis)
2.            Panaskan minyak, tumis bahan yang telah ditumbuk, selepas kekuningan masukkan isi ayam (aku masuk isi ayam awal sebab nak ada rasa garing pada ayam dan bahan)
3.            Masukkan cili kisar. Tumis sehingga naik minyak.
4.            Pecahkan telur, masukkan kan garam dan serbuk perasa (kalau suka la, tp aku tak letak pun)
5.           Masukkan nasi impit dan gaul sebati.. siap..



haaa tu la rupanya taik dia.. chehhh, tak senonoh punya ayat.. cakap la rencah ke, seredak ke..

kepada yang berjaya buat tahniah aku ucapkan.. kikii.. babai!

4 comments:

  1. wah saya tak pernah makan nasi himpit ni. Nampak macam sedap. Macam buat mee goreng juga ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la buat.. best taw.. ya same je mcm mee goreng tu..

      Delete
  2. Uii resepi bru..leh cuba nnt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala resepi campak2 org cakap.. hihiii..

      Delete

komen la kalau sudi.. mekasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...