~ Members ~

Tuesday, January 15, 2013

Merlin Episod Akhir..

As salam..

Rasanya malam tadi mesti ramai yang bersengkang mata tgk cerita Merlin kan.. 2 jam setia aku tgk cerita tu sampai jam 12 tengah malam.. aku memang peminat setia cerita ni.. tapi tak la fanatik sgt kot.. tp bila dah bertahun-tahun mengadap sampai dah season 5 opkos ending dia nak tengok kan.. tapi kesudahan yang agak menyedihkan.. huhuu..


Arthur yang selama ni dilindungi oleh orang gaji yang ala2 bodoh tu mati juga.. kalau dah nak mati walaupun dilindungi 24 jam oleh orang yang ada magik pun mati jugak kan..


Sedih jugak lah aku malam tadi.. tapi episod ni rasanya tak akan ada sambungan.. cuba la sambung kan ke episod 6, Gwen tu melahirkan zuriat dan jadi pengganti tahta Camelot pulak.. mesti best.. untung la akhirnya Gwen yang asalnya orang gaji tu yang jadi Queen di Camelot.. tak yah tak gaduh2 rebut tahta macam Lady Morgana yang akhirnya mati.. Goda je anak raja dah dapat jadi queen.. hhiii.. pandai je aku reka cerita..


Arthur mati selepas ditusuk pedang yang ada Nafas Naga oleh Mordred.. Sebab tu Merlin kena bawa Arthur ke hutan untuk mengubatinya, hanya itu je caranya. Mordred pun mati jugak setelah sempat ditusuk oleh Arthur.

Dan saat yang ditunggu adalah saat Merlin berterus terang dengan Arthur yang dia ada sakti, mula2 Arthur terperanjat, takut, marah dan mengajuk.. tp telah diterangkan dan dipujuk oleh Gaius yang Merlin bukan ada sakti jahat tapi saktinya digunkana untuk melindungi Arthur dan Camelot sahaja.. bukan main sayangnya si Arthur sanggup menghambakan diri menjadi hamba kepada Arthur pada hal dia adalah Emrys iaitu Ahli Sihir yang paling berkuasa di dunia.. pandai betul dia simpan rahsia, raja yang ingatkan dia mengenali segala-galanya tentang orang suruhannya tu pun boleh terpedaya sampai dah nak hampir mati.. si Morgana pun tak tau yang Merlin itu adalah Emrys, orang yang paling dia kehendaki.. hihii.


Morgana pun mati akhirnya ditusuk dengan pedang yang ada Nafas Naga juga oleh Emrys.. rupa-rupanya dia tak akan mati dengan pedang buatan manusia patut la umur di panjang, banyak kali panglima2 bunuh di pun tak mati2, liat betul..


Dan akhirnya selepas kemangkatan raja kesayangannya, Merlin merantau dan tak pulang ke Camelot lagi sampai tua kerepot.. kesian dia raja yang dianggapnya sabahat sejati akhirnya meninggalkannya.. cian Merlin tak de kawan.. lepas ni si dukun Gaius pun dah tak de kawan jugak.. huhuu.. Lagipun kerajaan Camelot kan tak terima sapa yang ada sihir, mesti kena pancung dgn Queen Gwen pulak nanti..


Tapi aku tak faham sapa yang sambut pedang dalam tasik tu ye? emmm..



Best tak cerita aku? sapa yang tak tengok semalam rasanya paham tak dengar cerita ku ni? hihii
sori aku bukan pencerita yang baik, kalau nk tengok tunggu je la tv3 buat ulangan tayang ye.. :)

tataaa..

2 comments:

  1. Alaa.... tak sempat nak tengoklah Far. Sibuk memanjang hari-hari. Tulahhh... budak-budak dekat ofis pun dah ada bercerita pasal Merlin ni. Tension pulak bila dapat tahu Arthur mati akhirnya. Alaaaa.... why..why..why? *eh, emosi pulak*

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang.. i pun sedih taw.. si hensem mati pulak.. sob.sob..

      Delete

komen la kalau sudi.. mekasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...