~ Members ~

Thursday, September 27, 2012

World Map Quilt


Emm.. Nasib reena ingatkan aku yang belog aku ni rupanya dah lama tak berupdate..
Macam kemalasan melanda diri.. selalu dok tunggu bila blogger pemes tu nk update belog sebab aku boring dan nak dengar cerita-cerita menarik dia.. aduih ni aku terkena.. dah dekat sebulan lamanya, sebelum genap 2 bulan meh aku reka cerita menarik.. hihiii..

Tapi lepas raya macam tak de cerita nak share.. sebab sekarang aku dah ada aktiviti baru.. hehee
Sejak aku join tupperware ni, agak bizi.. mcm la aku dah level director dia punya poyo.. hahhaa.. nanti aku berita pasal dunia tupperware ye.. sape2 nak join jgn segan-segan bagi tau.

Ok kembali kepada cerita yang aku nak share. Aku ada tempah quilt dgn Nor Afzailina dari littleladyhandmade..

World Map tu aku order online dari US, dah lama beli join Group Buy (GB) kat GGK. Tak tau nk buat apa tempah la quilt untuk anak-anak aku golek-golek depan tv..

Fabric : World Map Panel in Blue
Designer : P & B Textiles by Jill McDonald

Saiz Panel : 24" x 44"




Tempah sebelum puasa, baru minggu lepas sampai, takpe aku relakan lambat sebab dia tengah sibuk dok jait baju raya bulan lepas.. Bila sampai... alamakkkk belum gaji.. punya la baik dia pos dulu sebelum aku bayar.. bestkan.. (sorok muka bawah katil.. hehhee)

Rasanya dah 2 3 orang jugakla geng-geng bisnes online aku mcm ni.. sungguh percaya kengkawan sebab pada kami semua adalah dalam bidang perniagaan yang sama.. ada yang siap pos tapi lupa mintak payment kat aku..tengok-tengok dah sampai.. ada yang terlebih bagi kain.. bukan murah tu, harga ratus-ratus tau, kain obersi.. yang penting hati kena jujur, ok..

tu yang tak tayang awal-awal tu.. bila dah bayar baru aku suruh anak-anak posing guling-guling..
kita layankan ajela budak-budak ni..
Upah jait dengan kain tambahan tepi dan bawah adalah RM 108 dengan postage. aku cuma kirim world map tu je.. yang lain semua dia tambah, kita pilih nk match dengan kain apa..

 suruh posing lain kejenya budak-budak ni..

 suka budak-budak ni main cari gambar tersembunyi kat map tu..
'abang cuba cari gajah.. emmmmm (dia pun cari la..) sbb kat map tu macam2 ada, binatang, kenderaan, mcm-macam la..

bila nk lepak atas sofabed aku bentang quilt tu, untuk mengelak sofa aku tu kepam atau kotor.. ;)



4 comments:

  1. Replies
    1. jom terlentang sama-sama.. ;)

      Delete
  2. Alahai, cantiknya map terlentang ni. Hehehe... Ni yang buat berkenan nak order. Akhirnya muncul jugak dia eh. Hahaha! Ok-ok nanti kita update blog jugak :)

    ReplyDelete

komen la kalau sudi.. mekasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...