~ Members ~

Monday, June 18, 2012

Alhamdulillah.. semua dah selamat..


Ingat tak tuhari aku ada cerita pasal permintaan mak sebelum operation? kalau belum baca meh jenguk kat entry ni.

Jadi walau pun lambat aku cerita pasal majlis ni, aku tetap nak cerita jugak.. biar menjadi kenangan di blog aku nanti
Ni la permintaan mak aku.. selain dari kenduri kesyukuran, mak juga minta...


cucu dia naik pelamin... ehhh.. buka.. jangan mak.. jangan!!
aku belum nak terima menantu lagi..

hahaaa.. mak aku minta adik perempuan aku cepat2 naik pelamin..
kata mak, dia nak tanggungjawab dia untuk anak perempuan terlaksana sebelum dia pergi... sedih tak..
dengan rela terpaksa + suka, adik aku pun bertunangla pada majlis yang sama..
ikut kan dia, tah tahun bila la nak jadi bini orang agaknya..

dan biasalah.. kalau dah berjumpa sepupu dia, danish mesti jadi hero.. ikiey 4 tahun, danish 3 tahun dan qhaleef 2 tahun..
ni la muka2 kepenatan lepas buat huru-hara.. tengok muka diaorang, berpeluh-peluh..

cepat duduk diam-diam amik gambar..

 ni semua kami buat sendiri. simple2 je. tak grand pun..

sirih junjung dari pihak lelaki..

cepat beratur amik gambar ye semua hantaran sekelian..

tema : 
purple dari pihak perempun - 9 dulang hantaran
hijau + pink dari pihak lepaki - 7 dulang hantaran

dan diakhir majlis, semua tetamu dah tak de tinggal keluarga dan adik-beradik mak je. kami buat suprise birthday mak yang memang pada tarikh 10 Jun..

biasala mak kalau bab potong-potong kek ni mak memang malu2 kucing..
'SELAMAT HARI ULANGTAHUN MAK!'
semoga dimurahkan rezeki, panjang umur.. dan diberkati dunia dan akhirat..
WE LOVE U MAK!!!

Kek dari kami.. tapi zedah yang buat..

tunggu-tunggu.. jgn berebut nak tumpang gelemar mak la tuu..
anak+menantu+cucu yang dok menyibuk bergambar.. kelakor!

ni edisi adik-adik mak. yang ada mak teh dan maklang.. yang lain malu2 pulak..
tudung pink tu mak angkat zedah. aku pun sibuk jugak menyelit..

merosakkan gambo betul la..

tapi tak pe. setiap yang berlaku hari ini adalah kenangan untuk esok.
jadi bukan senang tau semua keluarga nak berkumpul macam ni. time raya, kenduri atau kalau ada apa event ke baru berkumpul.. betul tak? jadi.. mari kita bergambar!!!

11 comments:

  1. cantik baju tunang adik ko..
    Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Rozy.. aku ckp over kat dia, dh mcm nk nikah pulak.. hahaaa
      syukur..

      Delete
  2. Sedih lak.. Ape pun tahniah untuk adik.. Semoga semua selamat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm ros.. alhamdulillah semua dah selamat dan berjalan lancar..

      Delete
  3. Sedih lak.. Apepun tahniah n semoga semua selamat yer :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... tahniah buat beliau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedihnya bila mak ckp cenggitu..huhu...

      tahniah utk adik yg bertunang tu...


      salam, tengs drop by my blog n drop ur comment, saya follow sini terus yer...

      Delete
    2. tq wahida.. & salam perkenalan..

      Delete
  5. Ishh... bila mak buat permintaan macam ni mesti serba-salah nak tolak kan? Alhamdulilah semuanya selamat :) Happy birthday untuk mak awak dan tahniah untuk adik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terasa sedihnya.. tp telah berlaku sesuatu yang lagi sedih selepas 2 minggu majlis.. biarlah ianya menjadi rahsia kami sekeluarga..

      apa pun tqvm reena..

      Delete

komen la kalau sudi.. mekasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...