~ Members ~

Tuesday, February 22, 2011

Sinar Hari Esok..

Sayangku..

Penantianku berakhir..
Kau hadir juga dlm hidup kami..
Ku tatang tumbesaran mu, bagai minyak yang penuh..
Banyak rintangan ditempuhi penuh kesabaran..

Kelahiranmu mengundang pelbagai dugaan..
Sakit peningmu.. ragammu.. karenahmu.. semua kami hadapi dengan kesabaran..

Kini, kau meningkat dari tahun ke tahun..
kau semakin membesar.. semakin lasak..
Ragammu tidak boleh ditegur dengan kemaharan..
Sentiasa ingin dimanja.. ditegur dengan lembut..

Kadangkala menguji kesabaran.. kemarahan..
Sehari ke sehari ku melihatmu semakin berubah..
Mungkin kau cemburu kerana bakal berkongsi kasih..
Tidak lagi manja dengan wanita yang melahirkan mu..

Kadangkala aku cemburu.. penat lelahku selapas pulang dari kerja, tidak lagi dikejar dgn rangkulan..
Payah mendapat ciumanmu..
Namun aku faham.. itu semua hanya sementara..
Kau tetap milikku jua..

Sesungguhnya aku berbangga..
Akhirnya aku berjaya memperolehimu.. walau hampir 5 tahun penantian kami..
Bahawa kami pasangan yang tidak boleh pandang sinis lagi..
Akhirnya.. kami punyai zuriat..

Setiap hari kami berdoa..
agar kau menjadi insan berguna.. mendengar kata.. taat pada yang Esa..
Ingati kami walaupun kami tiada..



0 si cantik manis..:

Post a Comment

komen la kalau sudi.. mekasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...