~ Members ~

Showing posts with label Tudung Fareeda. Show all posts
Showing posts with label Tudung Fareeda. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Dating & Wayang 'A Good Day to Die Hard'


Assalamualaikum..

Hai korang.. sihat tak.. semoga korang sihat2 belaka.. dah mcm karang surat pulak..
aku opkos hepi hari ni, nape ek? sebab baru cuti semalam.. ada hal sikit, halnya kejap lepas tu aku dgn encik somi gi dating.. hehehee..

best jugak dating hari keje ni, tak ramai orang.. kami tak gi memana pun, MP jer tengok wayang..
terasa macam baru bercinta pulak.. dolu-dolu masa cintan2 pun panggung wayang bukan tempat lepak kitaorang.. rasa ada dalam 2 3 kali jer tgk wayang taw.. ni pun tgk setelah 5 tahun rasanya tak pegi, hari minggu mcm biasala mesti muda mudi yg ramaikan..

kali ni tah apa motif tetiba nak tgk wayang.. start jam 12.15.. cerita yg tgh hot skrg semua tak syok.. tgk wayang cerita feeling2 atau lawak2 mcm tak best. suka tgk yg aksi2.. kalau tgk poster tu ada 4 jer yg ada, sekali tanya kaunter, 'dik skrg cerita apa tgh on?'

'die hard kak.. tapi tu cerita lama sikit dah nak habis dah mgu ni'
emm.. boleh la cerita si botak hero tu.. Bruce Willis. best apa.. dari cerita kapel2 ni.. hiihi..
'ramai tak?'.. dia pun tunjuk la..
haaa? ada 2 org jer.. hahaha.. rugi tokey panggung.. kikii..

baru start masuk lagi se'kapel' so, 6 orang jer yg sedang menonton A Good Day to Die Hard tenghari ni..

layan jugak cerita ni.. nak cerita pasal cerita ni aku tak pandai sgt.. kalau korang nak tau gi tgk sendiri ye, rugila aku RM20 kalau cerita kat korang.. hahhaaa.. best jugak.. aku bagi 8/10.

kami tak beli apa pun jenjalan hari, aku beli SD card utk DSLR aku yg hilang tu.. beli yg 8GB je, jadi la..
servey kat kedai brg PC 8GB semua RM69.. tapi ni aku beli kat kedai yg jual macam jenis camera dan aksesori DSLR.. RM 45 je selepas dibodek2..

balik amik anak gi tesco pulak, sbb dah janji dgn anak sebab dari pagi masa hantar tu dia melalak nak ikut, nak gi tesco.. so kami kembali menjadi ibu bapa.. hiihii..

Bruce Willis.. Hero botak yg best!..



hari ni dating ber'fareeda'.. sabar je la korang tgk aku berangan ye... kikii.
bila la dagu aku nk runcing mcm tokey felinna tu..

SDHC SanDick 8GB..
ada 4GB, 8GB, 16GB, 32GB.. pilihan ditangan anda.. aku? 8GB sudahhh..


Wednesday, February 6, 2013

Tudung Fareeda & Walimatulurus


Agak ketinggalan aku kalau bab-bab tudung ni. sbb aku lebih suka tgk org pakai dari mencuba beli benda yg  baru.. dah terpikat baru boleh beli.. hihihi..

Tsunami dan demam meroyan peminat tudung Fareeda ni dah lama melanda. Sebelum ni aku dok heran tgk orang yg gila sgt tudung ni, terutama masa jualan masyur fareeda.. punya la terkejut tgk sanggup bermalam, beratur pjg.. yg bawak baby pun ada.. semata2 nk amik no esok pagi2 utk jualan masyur tu. Uish fanatik sungguh..

Jadi.. tah macam mana tetiba tergatal tgn aku ni pulak mengorder kat mukabuku selai.. harga agak mahal.. nasib bulan ni dapat bonus lagi.. terketar la jugak nak transfer duit beratus semata2 selai tudung..

mula2aku rasa harga RM 150 tu kira ok la.. sbb ada yang jual sampai RM 220 selai pun ada.. so aku pun cari kaler yg sesuai untuk banyak baju. opkos mesti ada kaler pink dan hijau kan.. baju kurung keje pompoan kan selalunya ada kaler tu kan.. tak kan kalau aku ada 30 helai baju aku nk beli 30 helai tudung fareeda.. mau mati kering aku..



ok done. dah transfer duit, seterusnya debaran menanti dengan sabar.. harap selamat sampai..

bila sampai.. tadaaaa...
alamak lembutnya.. tapi mcm pink sgt la pulak.. brooch berbatu2 mcm susah nk jaga jer..
aku beli siap dapat gelang dgn cincin. tak sampai seminit pakai, batu2 kecik kat cincin dah tercabut.. alohai..
ini mcm susah la nak basuh. aku bukannya sopan santun sangat.. huhuhuu..


ni la tudung Fareeda pertama yang aku beli. mcm terlalu pinky pulak aku tgk.. muka dah la tak berapa nk cerah.. huhuu..

bila dah dapat aku pikir2 balik mcm mana aku boleh terjebak beli benda alah ni.. baik aku beli benda lain.. tah la.. bila dah acu kat muka mcm.. emmm... mcm kurang kena dengan jiwa pun ada.. aku lg selesa pakai syiria sebenarnya kalau nak keluar jalan2. kalau g opis boleh la pakai tudung ber 'awning'.. tahla mcm nak jual balik jer.. rasa mcm nyesal pun ada beli tuhari..

so, aku pun publish la kat mukabuku.. . aku jual sama harga aku beli..
ok, ptg tu jugak ada org nak beli.. esok tunggu punya tunggu payment sbb nk pos, org tu kensel pulak.. alahai.. punya la poyo tanya tu ini.. menghabiskan prepaid aku je la.. lepas tu ckp lupa nk inform.. ok la tak pe aku simpan ye, benda tak basi simpan lama2 kan.. pujuk hati sebenarnya..

jadi bila aku dah boring nk adakan sesi menjual..  hujung minggu tu masa nak jenjalan saje acu tak depan hubby..
'ayang... ok tak?' dia kata 'ok.. la tu.. pakai je la.. nape nk jual..'
hihihi.. terus aku sarung pakai terus time tu jugak.. hahhaa.. tak jadi jual.. aisehhh.. tetiba mcm best la pulak.. esoknya, terorder lagi 2.. aduih.. apa la aku ni.. dari tak nak terjebak, dah 3 aku beli.. tak pe, fareeda saham tinggi walaupun preloved, rasanaya lepas boring nanti aku jual la kan..

sebenarnya motif sebenar aku intai2 nak beli tudung fareeda sbb nak nak pakai masa wedding adik aku raya cina ni.. tema coklat, sbb baju yg mak aku belikan untuk kitaorang adik beradik kaler tu.. tp susah la nk dpt kaler tu.. bila ada yg jual harga sedap, sold cepat je.. kalau yang RM2++ tu ada la.. ohhh tak sanggup aku.. jd ter'beli' la kaler pink tu..

ohh.. ok terlanjur cerita wedding adik aku ni.. aku nk jemput kengkawan yang sudi untuk datang ke Majlis Walimatulurus adik perempuan aku di rumah emak kat kampung ye.. Tarikh : 9 Feb 2013 (Sabtu) Sesiapa yg mengenali kami sekeluarga dijemput hadir.. tak mengenali pun boleh dtg, kat sana kita leh kenal2.. hihihii...

rasanya kalau korang tak nampak alamat tu boleh call/sms aku ye :012-6841390

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...