~ Members ~

Thursday, March 28, 2013

Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut?

Baru je mgu lepas aku cerita pasal Pure Marine Collagen.. tup tup pagi ni aku terbaca mengenai ' Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut' dari artikel The Secret Medicines..


Emm.. agak memeranjatkan, tapi aku macam penah dengar sebelum ni cuma tak de baca kat mana2 la.. tapi menurut mereka yg telah cuba semua mendapat perubahan positif melalui pengalaman menggunakannya. cuma mintak2 dijauhkan kalau ada kesan sampingan..


Seperti kata TSM, "Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah.  Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan."

"Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur. "

 

"Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar."

 

info : http://thesecretmedicines.blogspot.com/2013/03/tiada-kolagen-dalam-rumpai-laut.html?showComment=1364398656568#c8996051867931688525

 

tapi rumpai laut ni tak la semahal kalau kita dibandingkan dengan pil2 yg ada kolagen dipasaran.. semuanya harga lingkungan RM60 ke atas dan mencecah ratusan ringgit. rumpai laut pun sekarang dah murah, mungkin disebabkan persaingan dan dakwaan yang mengatakan ianya tak de kolagen. dan sekarang harganya boleh didapati dalam linkungan rm8-10 100g.. dulu mula keluar agak mahal. ada yang jual rm25-35 100g. kalau sape beli borong lagi murah..

 

SIAPA TSM?

 

ni pengakuan mereka bila ada pengomen yang tanya : 'TSM adalah beberapa individu dan aktivis yg prihatin tentang pemakanan dan ubat-ubatan moden.' 

 

Jadi korang boleh la fikir2kan apa yang sesuai untuk tubuh badan masing2 ye..

 

Pada pendapat aku la, kalau betul la rumpai laut tiada kolagen tak pe asalkan ianya tetap ada kebaikan kesan daripada nutrien dan mineral yang ada pada rumpai tersebut. lagipun aku bukan pakar biologi. ala macam kita makan ulam2 la, kan untuk awet muda juga selain dari lain2 khasiat pada ulam2 tu.. walaupun tiada kolagen asalkan memberi kesan positif kepada kesihatan, tak salah kalau mengamalkannya selagi tidak memudaratkan tapi jangan makan berlebihan sampai taksub pulak.. cuma penjual rumpai laut lepas ni tak boleh la tulis 'Kolegen Rumpai  Laut' lagi bagi mengelakkan kekeliruan..

 

Lain2 info : http://www.dryseaweed.com/collagen_bm.cfm 

 

7 comments:

  1. FAR!!! Rindu dekat awakkk... Hehehe... Ni jengah laju-laju sebelum nak masuk tidur :)

    Semenjak usia dah jadi three series ni, pantang dengar produk ada sebut colagen terus macam excited nak tahu best ke tak? Haritu member opis ada bagi offer harga murah untuk rumpai collagen ni. Tapi sebab macam lebih kepada suka-suka je nak ambik tahu daripada nak pakai, so takdelah beriya nak beli sangat. Macam mana pun bila dah baca entri ni tiba-tiba fikir logik jugak apa yang aktivis ni cakap.

    Nampak sangat orang sekarang ni 'pantang' dengar benda-benda kecantikan terus percaya bulat-bulat kan? Ish-ish-ish... Kena buat kajian mendalam dulu barulah boleh percaya (eceh!) Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. reena.. i hari2 rindu u taw.. chewahh!!

      tu namanya pompuan.. takut angka 3+ dan ke atas.. kikii..
      benda ni dh lama la jgk tp sy pun baru nk try lepas tgk ramai yg dapat kesan positif..

      tak pe la tak de kolagen pun asalkan bila kita pakai rasa gebussss gitu.. hhahaha..

      Delete
  2. salam jumaat makk far tuu..,eHHHee

    ReplyDelete
  3. Sy sokong. Sbnrnya tengok pd niat. Mkn rumpai laut semata sbb kolagen..?? Grandparents sy ambil untuk kesihatan, Semua ni terletak pd individu. Klu badan kita dapat sihat dgn alam semulajadi ciptaan Tuhan, Apa salahnya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. sbb ramai makcik2 pun pakai.. katanya elok utk sakit sendi2.. sebenarnya rumpai laut tu kat salah, yg salah penjual2 yg dok canang ayat kolagen, sepatutnya mereka ckp kebaikannya seperti kolagen..

      Delete
  4. Rumpai laut tidak mengandungi kolagen seperti yang diperkatakan oleh para penjual rumpai laut di luar sana. saya yang juga merupakan usahawan rumpai laut tidak mengatakan rumpai laut mengandungi kolagen.

    sila singgah ke laman blog saya :)

    Rumpai Laut Sabah, Harga Terendah! Khasiat Luarbiasa!!

    ReplyDelete

komen la kalau sudi.. mekasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...