~ Members ~

Monday, January 16, 2012

Reversible Bucket Hat - Mia


Kali ni projek menjahit bucket hat.. mula-mula dok jeles tengok Tini Hani jait untuk anak dia. Dia link kan sekali PDF Pattern Free. Apa lagi zass aku mengeprint dan mlm tu jugak mama potong kain..

Jumaat mlm tu start projek. Punya la kusyuk sampai 1.30 malam dok menjahit tak sedar..
Sampai mr hubby cakap "dah la tu.. dah malam, hantu suka orang jait malam2 ni.."
aku tanya, "dah pukul berapa?"
"1.30 dah.."
laa.. ingat baru 11.30.. ok, stop.. sebab dah siap.. yeyy!!

Aku kalau dah excited memang mcm tu. kalau boleh mlm tu jugak nak suruh mia test.. tapi dia dah tido..

Gambar ni amik pun pukul 1.30 malam tau.. tupasal gelap sikit..

yang ni bahagian luar.. kain lebih buat bantal mia.. Fabric Sweet Treats Pink - Michael Miller.. Beli dgn rozy dulu..
tapi aku puas hati.. walau pun first time buat aku hepi dengan hasil tangan sendiri.. kemas jugak jugak jahitan aku..

 ni belah dalam.. Fabric lupa lak apa nama.. dah lama beli..

 atas hat..

 punya la tak sabar, mia baru bangun tidur dgn baju tido aku suruh dia pakai.. Aku buat saiz small.. ngam2 je dgn mia.. aku suka!!

haaa.. ni dah mandi.. hehehee..
mia naik kuda, danish pulak dok sibuk kacau ayah..

ni projek ayahnya pulak.. dok tukar getah pintu.. air meleleh masa hujan.. tambah skirt kat kete.. ingat aku je sibuk buat skirt mia..

mama : "apasal tak hantar kedai, kan senang.."
ayah : " buat rugi je, bukan susah pun.."
betul jugak, apa guna ketereran kalau leh buat sendiri kan... siap import kawan dia dtg tolong..

sukanya tengok anak pakai apa mama buat.. tu pun dia asyik buka bila mama sarungkan..

tah la.. danish pun dulu mcm tu, dua-dua anak tak suka pakai topi.. masa kecik2 pakaikan pon dia buang..
tengok anak orang bertopi-topi time bawak anak check-up g klinik, anak mama jgn harap la..

pas ni nak buat utk danish pulak. tgh order fabric yang sesuai.. aku banyak beli corak bunga2 dulu..
nanti turn danish pulak ye.. tgk dia asyik pakai mia punya je.. cian dia..

6 comments:

  1. hat dah ader jom gi beach yunk ngeee

    ReplyDelete
  2. tu hari lepas buat ada gi tengok matahari terbenam tepi pantai, lupa la bawak hat.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. cantiknya..dh print dh pattern hat tu..tp xde masa nk buat lagi..

    ReplyDelete
  4. heehe.. tak pe, jait pelan2..

    ReplyDelete
  5. cantik dan ibunya sangat pandai menjahit...

    ReplyDelete
  6. ala tak sepandai tailor.. boleh la sikit2.. ;)

    ReplyDelete

komen la kalau sudi.. mekasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...