~ Members ~

Monday, October 24, 2011

Petua Yahudi Bijak..


Hari ni aku nk kongsi antara petua orang-orang Yahudi bijak dan pandai.. bukan nak puji diaorang sangat tapi perlu dijadikan ikhtibar agar bangsa kita juga boleh bijak dan maju seperti dia orang..

Melahirkan generasi bijak pandai bukan sehari dua, tetapi harus dimulakan dari dalam perut.

Mari kita kaji..

Petua Yahudi Bijak Pandai..

1. Sejak mengandung, ibu akan sering menyanyi dan bermain piano. Membeli buku metamatik dan menyelesaikannya untuk melatih otak agar anak yang dilahirkan menjadi genius apabila dewasa kelak.

2. Memakan kacang badam dan kurma bersama susu, roti dan ikan tanpa kepala bersama salad, badam dan berbagai jenis kekacang,

3. Daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan dan mengambil pil minyak ikan. orang jepun pun suka makan sushi sebab tu Yahudi dan Jepun bijak..

4. Memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, kerana campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

5. Memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jika makan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

6. Jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).

7. Pemakanan anak di tadika cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) sebab tu mereka bijak dan dapat memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, sebab denga bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

8. Sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, kerana memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Kesimpulan :-

Ibu mengandung

- Kerap melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten
- Digalakkan mendengar muzik klasik
- Makan makanan yang berkhasiat terutamanya isi ikan, kekacang (badam) dan kurma
- Mengambil pil minyak ikan

Kanak-kanak
- Memakan kekacang dan menelan pil minyak ikan.
- Menghayati muzik sejak kecil untuk penumbuhan otak
- Bermain piano dan violin untuk mencerdaskan otak
- Bermain sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak

So apa lagi wahai ibu-ibu sekalian, moh beli stok ikan banyak-banyak. Penuhkan koleksi dalam peti ais anda.

Shopping badam, kekacang bagai. Boleh kunyah-kunyah sambil tengok tv.

Telan pin minyak ikan kalau rasa tak cukup banyak makan ikan. Sumbat sekali kat mulut anak-anak tu.

Beli dart, pasang dalam bilik anak suruh praktis. Beli bola pasang kat pintu main bola keranjang. Pastu beli pistol dengan senapang main tembak-tembak.

Dan katanya no.no.no pada papa tu bila di start nak nyalakan rokok.

Kalau tak kenapa Yahudi banyak mencipta barangan yang popular yang menjadi ketagihan kita..

Minum nak gelemar kat Starbuck.. padahal lebih kurang je mcm kopi mak jah, 
Komputer nak canggih beli Dell, kau adaa..
Minum dan sodap tunggang Coca cola, pergh.. hilang haus..
Jam, baju, handbag dan glam pakai DKNY, leh eksen lebih sikit dengan org sebelah..
Seluar nak vogue sarung Levisbaru aweks jeling..
Minum petang tak nak donut tepi jalan tapi lepak kat Dunkin Donut..

korang fikir-fikirla.. penat aku edit ni.. muahahaa..

Tak salah kalau kita mencuba benda yang baik. saya juga telah mengamalkan makan badam, gajus dan jenis kekacang lain masa mengandung.. insyallah..

11 comments:

  1. Tips ni mmg terbukti bagus
    Kena amalkan
    Yg penting Kena rajin x blh malas ngeee

    ReplyDelete
  2. yang baik kita boleh ikut..utk masa depan anak anak juga kan..kalau yg salah jgn diikut pulak huhuhu

    ReplyDelete
  3. Lady Ayu..

    kena amalkan dari mengandung sampai anak dah berjaya.. insyallah..

    ReplyDelete
  4. Pinky Momma..

    Apa salah ikut benda yang baik.. jangan ikut perangai mcm YAHUDI sudah.. hahaa..

    ReplyDelete
  5. erm..mmg ada dh nie tersebar luas nie kan tips2 nie sis..tp ifa terfikir..sapa yg mula2 buat nie eh?

    ReplyDelete
  6. tiefazatie..

    menurut cerita asal, dari pengalaman seseorang yang berhijrah ke sana..

    ReplyDelete
  7. KENA FOLLOW NI BIAR ANAK NNTI PANDAI XD

    ReplyDelete
  8. kalau saya kahwin nanti, saya nak buat math je

    ReplyDelete
  9. Zakia..

    rajinnya nak buat math.. akak bedal kacang je.. hahaa..

    Run Away..

    tq dear..

    ReplyDelete

komen la kalau sudi.. mekasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...