~ Members ~

Wednesday, July 27, 2011

CM masuk bondang!

Hari ni entry expired.. memandangkan masalah virus tuhari. tapi mesti masuk gak cerita ni..
bukan senang oo. CM Melaka masuk bondang tau.

10 Julai 2011- YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali b Mohd Rustam (nama penuh lagi) datang rasmi Pesta Menuai Padi kat kampung aku, Kampung Sungai Siput.

Kampung aku kampung yang indah. macam2 projek ada. ada sawah. projek tanam buah-buahan. Medan Info Desa dll. Maka dipanggilla CM datang melawat. leh masuk paper. Tengok la sape JKKK kg..
Pasni banyak-banyak la lagi bantuan untuk kampung ni ye Datuk! 

Pesta tu memang best. macam-macam aktiviti ada. memasak. memancing. pertanding jangan pandang belakang congkak. teka jumlah kacang. reka power point dan macam-macam la. aku lupa lak nk pinjam senarai nama kat ayah aku. Ayah aku kan Setiausaha Kampung.. huhuuu..

Memandangkan pesta tu diadakan di Medan Info Desa (MID) sebelah kedai makan mak aku, so along dan adik aku pun bukan table bisnes air dan makanan. aku tak dapat la join, camno asyik kelek Mia je sambil jadi camera woman. Meh tengok hasil gambar guna camera canggih tipon..


tengok ni kete sape..

Sampai je dibawak naik kereta mengelilingi kawasan sawah

Datuk membanting padi tu.. tergeliat pinggang. aku amik gambar dikejauhan je..

Ni la mesih kutip padi. aku pun tak penah tgk dari dekat.
yang aku tau, lepas di potong padi akan diasingkan..

Dah penat turun bondang, majlis pun dirasmikan.. bersandar kepenatan..

Mengagihkan bantuan kepada penduduk yang kurang berkemampuan

Ha yang ni lagi gelemer.. cuba teka ni sape..
cepat la!!!..
ni la ayahanda aku..
memandangkan tak de sape yang berani nak jadi pengerusi majlis, Tuan Haji Rahman dilantik menjadi emcee.. caya tu. cakap depan CM Melaka tau..
nak buat macam mana bakat terpendam.. ngeee~

Dalam banyak2 kategori pertandingan, emcee pun dengan bangganya menggumumkan Pemenang Memasak adalah.....

Hjh Fauziah Othman..
haahaa. yang masak mak, adik aku lak amik hadiah. tumpang gelemer la tu..
dapat tempat ke - 3

Dia lagi.. yang ni baru betul dia buat. Pemenang ke - 3 Peraduan Power Point..
sib baik aku tak masuk, kalau tak ko memang tak de harapan nak monang.
nak tau pemenang ke 2 sape? budak sekolah rendah tu.. ish! ish! ish! malu den..
tapi ok la menang jugak.

Ni la dia toke air dgn kueh.
Dia orang jual goreng pisang, buah sukun, fish boll dan macam-macam la..
tengok melopong Danish tengok makdara dia posing.

Senyum terkulat.

Asal muka ko. kena minyak panas ke..

Ni gambar dari kedai mak. masa ni belum start lagi.


hadiah2 yang kita orang dapat.. yang kecik tu saguhati memasak..

Sampai sini je la cerita pesta kali ni ye. kenangan berpesta di sungai siput..

2 comments:

  1. salam;

    backlink ok :-)

    apapun tabik spring tgk CM masuk bendang kan..

    selalunya org2 besar ni masuk time nak election jek..hehehe..

    ReplyDelete
  2. memang pun.. walaupun dia bizi..
    datang on time..

    ReplyDelete

komen la kalau sudi.. mekasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...