Minggu lepas aku cuti panjang. lupa nak cerita kat sini. pergi majlis perkahwinan adik aku belah lelaki di Kedah.. jadi alang2 dah ke utara kami ke sempadan Thailand dan Penang. tapi malangnya aku tertinggal DSLR aku. jadi tak de kenangan di sana. yang bawak kamera cuma along aku tapi tak sempat nak copy gambar2 kitaorang. kami pergi dari 23-26 Mac 2013.
Bertolak ke Kedah Sabtu 23 Mac dari rumah adik aku kat sungai buloh. makan jumaat kami semua dah bertolak dari Melaka tidur rumah adik aku. Sampai je di Changlun, Kedah kami bermalah di home stay yang pihak lelaki sediakan.
Esok pagi Ahad 24 Mac 13 kami cepat2 gi Padang Besar, Perlis sempadan Thailand shopping. kedai belum bukak kami dah terpacul. nak kejar masa. sebab sebelum kul 12 tengahari dah nak gerak ke rumah pengantin kat Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Kami pun bershoppingan dengan kelam kabutnya di Padang Besar, Perlis. kan sempadan Thailand, semua plat kenderaan tulisan Thai, feel ala2 shopping negara orang la pulak.. hiruk pikuk.. nak gi shopping semalam tak sempat sebab kami sampai dah petang. adik aku ckp kat situ petang kedai dah tutup.
Balik siap tukar baju cantik terus gi rumah pengantin. nanti dapat gambar dari pengantin atau dari kakak aku, aku masuk kan kat sini.
Sepanjang kat sana kami semua tak banyak tempat jalan2 pun. habis majlis kawin tu gi pulak merisik sepupu aku. pastu lari ke Penang pulak. Menginap semalam dan pagi esoknya gerak di pasar karat dan beli jeruk2 buat buah tangan balik melaka.
Tapi malangnya kami tersesat dari kereta depan, jawapannya kami terus balik kl sebab ayah aku dah penat nak round2 cari jalan. dah la malam masa sampai Penang nak cari hotel puluk 12 malam tu ramai yg sesat. maklumla kalau dah konvoi 4 kereta memang gitu la gamaknya..
nak cerita pasal make up adik aku masa di Changlun tu, adik aku make up kat buti pengantin Ixora.. katanya dulu masa perkahwinan
Ayu Raudhah + Zaquan Adha. Aku la nak cepat masa tu, naik kat butik nk amik kunci rumah kat dia jadi nampak la gambar perkahwinan mereka di sepanjang tangga naik ke butik, ye ke tidak... tidaklah aku pasti.. hihiih..
Perjalanan Percutian aku.. hish habis cuti tahun aku taw.. kikii
Jumaat 22/3/13 Melaka > Sungai Buloh, Selangor (Check in rumah Nasir)
Sabtu 23/3/13 Sungai Buloh Selangor > Changlun, Kedah (Check in home stay)
Ahad 24/3/13 Padang Besar, Perlis > Merisik kat Kedah > Penang (Check in The Merchant Hotel)
Isnin 25/3/13 Penang > Sungai Buloh, Selangor > Down Town ~ shopping sampai subuh (Check in rumah Nasir)
Selasa 26/3/13 Sungai Buloh, Selangor > Melaka
Rabu 27/3/13 Melaka > GSC Jusco ~ Tengok wayang -The Croods
ok la penat la nak cerita panjang.. hahaa.. babai..