~ Members ~

Friday, July 27, 2012

Tudung Al-Humaira


Ni pengalaman kali ke 2 beli tudung dgn alhumairacontemporary secara online. First dulu packaging dia biasa, masuk dlm plastik, kali ni dibalut kemas menggunakan kertas putih dan ditampal sticker logo butik yang cantik. packaging di macam thepoplook pulak. nanti aku cerita pengalaman aku shopping dgn thepoplook ye. hari ni nak cerita pasal tudung alhumairacontemporary dulu.

Aku suka tudung-tudung dia. cantik-cantik. Mula2 dulu aku beli servis terbaikkk!. Hari ni bayar, esok dah dapat barang. punya la eksited aku. kali ni mungkin kena bulan orang nk raya, berduyun-duyun orang beli tudung online agaknya. lambat juga aku tunggu diaorang reply order dan confirm payment. tak pe aku maafkan. bulan puasa ni kita kena banyak sabar. dan mungkin salah satu sebab lambat aku rasa sebab nak wrap cantik2 tu.. heheee.. tapi aku puas hati sebab dapat dalam keadaan cantik dan wangi.. ewahhh..

Aku order 2 yang ada stok satu ni jer. yang numaa dah sold. agak hampa.. sob.sob.. Dulu aku beli rijaa, yang pink polkodot tu..

Aku ingat aku jer rasa benda ni wangi macam Tudung Radiusite yang aku beli tu hari. Kawan aku yang kat bahagian pos tu pun cakap.. 'apa ni kak wangi jer..' heheee aku dah tau apa isi barang ni tapi aku senyum jer.. tak kan nak cakap aku beli tudung kot. segan la..

Aku pun ada ushar dgn adik aku yang tinggal kat Damansara. kan dah dekat dengan alamat diaorang kan. mana yang tak tau meh aku bagi alamat :-

Butik Al- Humaira Contemporary

23-1, 1st Floor, 
Jalan Cecawi 6/33,
47810, Kota Damansara,
Selangor Darul Ehsan.

Operation hours : 11 am till 7 
Closed on Sundays

Tapi sempena bulan puasa ni waktu operasi mereka lain tau..

Mon - Sat : 10.00am till 5.00pm
Closed on Sundays

sape2 yang nak pergi bulan ni please alert ye..
jgn mcm adik aku pergi tak menengok betul2 kat web diaorang, menonong jer pergi konon nak singgah lepas gi pasar ramadhan, kan dah tutup.. dia orang pun nak jenjalan cara makan bulan pose ni..

ok, bercerita balik kisah shopping aku, maka sampaila order aku. nak tengok? meh jom

cantik kan sticker tu.. aku punya sayang nak koyak, aku gunting tepi bungkusan tu.. hehee..


Shawl Lanaa - Coral Birdy
lagi satu woven label yang aku suka, kretip la diaorang reka.. cantik, aku suka!

Shawl yang sangat cantik dan lembut.  Tunggu adik aku belikan lagi shawl lanaa dan tudung numaa.. tak tau ada stock tak kat butik. mintak2 ada la rezeki..

Kepada yang belum cari tudung raya, meh la shopping.. ala clik. clik. dah sampai.. hehee..

9 comments:

  1. Kita pun ada satu... Hehehe...

    ReplyDelete
  2. sama taste kita ye.. suka gambar burung tu kan.. :)

    ReplyDelete
  3. teringan jgak nk beli tudung dri al-humaira nie..xde mse lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala tak yah susah-susah redah jam bagai.. semuanya dihujung jari, tp kena sabar tau, sbb cepat sgt sold out.. sob.sob. (selalu terlepas keretapi..)

      Delete
  4. assalam, kita dealer sah al humaira contemporary , sila ke http://chantiquemumma.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete

komen la kalau sudi.. mekasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...